PERKESO: Kaedah Untuk Tuntut Jika Berlaku Kemalangan




Kaedah Untuk Tuntut PERKESO Jika Berlaku Kemalangan

Anda perlu mengambil berat dan buat persediaan jika anda terlibat dalam sebarang kemalangan. Sila rujuk panduan ini untuk kepentingan anda.
Sudah tentu anda mengeluarkan kos yang banyak jika terlibat dalam kemalangan kerana kenderaan anda perlu dibaiki dan perlu membayar kos perubatan.

Supaya anda lebih faham tentang perkara ini, Encik Muhammad Firdaus ada menceritakan pengalaman beliau terlibat dalam kemalangan dengan isterinya dan pihak  kedua yang merupakan penyebab kemalangan itu terjadi telah lari dari masalah ini dan tidak bertanggungjawab.
"Ada sebuah motor tiba-tiba pancung aku dari depan, then lepas tu dia menyelit kat celah kereta. Kemudian dia brek tiba-tiba dan lampu signal tak ada. So aku dah brek emengency tetapi tetap tak sempat dan langgar belakang dia. Aku jatuh dan dia terus pergi begitu sahaja."
Jangan risau, beliau ada membuat perkongsian untuk membuat tuntutan PERKESO setelah beliau terlibat dalam kemalangan tersebut.

Rujuk dengan teliti perkongsian dan panduan daripada beliau untuk membuat tuntutan PERKESO di bawah :



6 Kaedah Untuk Membuat Tuntutan PERKESO :
  1. Buat laporan di Balai Polis
  2. Simpan MC (medical certificate) dengan baik 
  3. Perlu menyediakan penyata akaun bank
  4. Sertakan dengan salinan kad pengenalan, kehadiran dan slip gaji
  5. Peta laluan kemalangan terjadi
  6. Lengkapkan semua maklumat dalam Borang 34 Perkeso
Anda perlu membuat caruman dalam PERKESO untuk ringankan masalah anda. Jadi, sudah pasti anda akan mendapat manfaatnya. 

Kepada semua syarikat diluar sana, sila buat pembayaran PERKESO untuk pekerja anda dengan masa yang tepat untuk kebaikan mereka.

Anda boleh untuk membuat tuntutan PERKESO jika anda terlibat dalam kemalangan mengikut 6 kaedah mudah tersebut.

Sumber dari Encik Muhammad Firdaus dan kerjaya.co.

Semoga perkongsian dan panduan ini memberi manfaat dan pengetahuan kepada anda semua. 

 'Sediakan payung sebelum hujan', berhati-hati di jalan raya.

Post a Comment

0 Comments