BSH 2020
BSH: Tarikh Bayaran (Julai), Permohonan Baru Dan Kemaskini
Tarikh Bayaran Untuk Baki BSH Pada Bulan Julai
Dalam intipati pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, baki bayaran dalam Bantuan Sara Hidup (BSH) akan di bayar pada Julai ini yang telah diawalkan (sebelum ini pada bulan Ogos).Tetapi tiada tarikh yang tepat dan akan dikemaskini dari masa masa.
Penerima BSH tidak perlu membuat permohonan baru atau kemaskini jika tiada sebarang perubahan maklumat yang berlaku.
Anda hanya perlu membuat permohonan atau kemaskini BSH jika ada perubahan maklumat yang berlaku.
Tarikh pembayaran BSH ini telah diawalkan untuk membantu perkembangan ekonomi dalam negara yang terkesan oleh penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.
Permohonan Baru Dan Kemaskini
Untuk permohonan baru, anda perlu mendapatkan maklumat lanjut permohonan melalui portal rasmi ini: Permohonan Baru BSH. Untuk membuat kemaskini, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini: Kemaskini BSH
Jika anda berkelayakan, sila buat permohonan secara online dalam portal rasmi bsh.hasil.gov.my, atau secara manual di kaunter LHDN yang berdekatan.
Kemaskini perlu dibuat jika ada perubahan dalam maklumat berikut :
Kemaskini perlu dibuat jika ada perubahan dalam maklumat berikut :
- Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
- Alamat surat menyurat terkini dan emel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris
Semoga perkongsian dan maklumat ini dapat membantu anda semua dan anda dapat memperoleh maklumat penting tentang isu semasa.
Post a Comment
0 Comments