Covid-19: Bantuan RM100 Kepada Individu Yang Terjangkit

Covid-19: Bantuan RM100 Kepada Individu Yang Terjangkit

Untuk makluman anda, pihak kerajaan ada menyediakan bantuan COVID-19 berjumlah RM100 sehari kepada individu yang terjangkit dengan wabak Coronavirus.

Bantuan ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba dengan geran berjumlah RM1 juta.

Walau bagaimanapun, bantuan ini adalah terhad kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji selama 14 hari iaitu tempoh pengawasan dalam rumah.

Bantuan tersebut akan disalurkan melalui kutipan tabung Covid-19 yang dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kepada anda yang ingin membantu, anda boleh menyalurkan bantuan dalam akaun Bank Muamalat 1601-0001-1387-14.

BANTUAN COVID-19

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan menilai bantuan yang dapat 
disalurkan kepada pekebun kecil yang terjangkit dengan COVID-19.

STATISTIK WABAK COVIF-19 TERKINI

Setakat ini pada 14 Mac 2020, terdapat 197 kes positif yang telah dilaporkan dalam seluruh Malaysia.

China mencatatkan jumlah kes yang paling tinggi dengan jumlah kematian mencecah sehingga  3,181 orang.

Manakala di Indonesia pula, terdapat 69 kes positif dan 1 kes kematian akibat wabak COVID-19.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Coronavirus, sila layari portal khas KKM di sini.

Semoga panduan dan perkongsian dapat memberi manfaat kepada anda semua. Sila jaga kesihatan anda dan lakukan langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan dari wabak covid-19 ini.

Post a Comment

0 Comments