Pelepasan Cukai (RM2,000) Untuk Pusat Asuhan Atau PraSekolah

Pelepasan Cukai (RM2,000) Untuk Pusat Asuhan Atau PraSekolah

Untuk makluman anda semua, para ibu bapa dapat menebus sejumlah wang iaitu RM2,000 jika hantar anak anda ke pusat asuhan atau pra-sekolah yang didaftarkan dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KAEDAH UNTUK TEBUS RM2,000

Pastikan anda membuat semakan status pendaftaran pusat asuhan atau pra-sekolah anak-anak anda sebelum menebus wang RM2,000.

Untuk membuat semakan, anda boleh layari portal rasmi JKM di sini.


Untuk prasekolah, boleh rujuk di sini :





Untuk ibu bapa yang menghantar anak ke Taska Permata, sila buat semakan dalam web ini asuhan.my.


Ada empat (4) kategori taska dalam Malaysia iaitu :

1. Taska Di Institusi
  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

2. Taska Di Tempat Kerja
  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3. Taska Komuniti
  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

4. Taska Di Rumah
  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri

Sila simpan resit pendaftaran anak-anak ke pusat asuhan atau pra-sekolah yang didaftarkan dalam JKM atau KPM untuk melayakkan anda menebus RM2,000 sebagai pelepasan cukai.

Untuk maklumat lanjut lebih lanjut, sila layari portal rasmi LHDN di http://www.hasil.gov.my/

Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan mendapat pengetahuan kepada anda semua terutamanya kepada para ibu bapa.

Post a Comment

0 Comments