Pendaftaran Pelajar Sekolah Tahun 1 Online (Sesi 2021/2022)



Pendaftaran Pelajar Sekolah Tahun 1 Online (Sesi 2021/2022)

Jika anak-anak anda cukup umur untuk menjadi pelajar Tahun 1 tahun hadapan dan 2022, ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran online Tahun 1 untuk sesi 2021/2022 bermula pada 1 Mac sehingga 30 April 2020.

Pendaftaran boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk mendaftarkan anak ke prasekolah, pastikan anda rujuk panduan untuk Pendaftaran ePrasekolah.

SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN (SPAT)

Sistem Pendaftaran Atas Talian atau SPAT dapat dilayari di portal ini:  https://public.moe.gov.my/

Kemasukan untuk pelajar Tahun 1 bagi Tahun 2021 layak untuk kanak-kanak dilahirkan pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.

Kemasukan untuk pelajar Tahun 1 bagi tahun 2022 layak untuk kanak-kanak yang dilahirkan pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
Ibu bapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan tersebut.

Anda perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna terlebih dahulu jika anda pengguna kali pertama.
Berikut merupakan perkongsian kaedah untuk membuat pendaftaran online untuk permohonan kemasukan Tahun 1.

Daftar Pengguna Baru

Sila daftar sebagai pengguna baru menerusi portal rasmi https://public.moe.gov.my/

Isi semua ruangan yang bertanda (*) seperti paparan skrin di bawah :


Sumber gambar: semakanonline.com
Tekan 'Daftar' setelah mengisi semua ruangan. Pop-up akan muncul untuk memberitahu pendaftaran anda telah berjaya. Kemudian, pergi ke halaman utama.

Daftar Masuk

Di halaman utama, sila masukkan Id Pengguna (No. Mykad) dan kata laluan lalu tekan butang 'Daftar Masuk'.



Jika anda terlupa kata laluan, tekan butang 'Lupa Katalaluan' untuk membuat semula kata laluan baru.

Pengguna dapat untuk memohon kata laluan melalui e-mel atau soalan keselamatan.

PENDAFTARAN ONLINE TAHUN 1 SESI 2021

Jika anda selesai berjaya untuk daftar masuk, tekan pada Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan) untuk membuat permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2020/2021.



Sumber gambar: semakanonline.com

SOALAN LAZIM DARJAH 1

1. Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
  -Permohonan ke tahun 1 dimudahkan.

2. Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
 -Ibu bapa wajib membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.

3. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
-Ibu bapa atau penjaga.

4. Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru?
-Tekan Pengguna Baru-> Isi semua ruangan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Rujukan: Manual Pengguna.

5. Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan tidak tepat, apa yang patut saya lakukan?
-Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul.
Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.

6. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
-Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua ruangan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang 'mohon katalaluan'.
semak e-mel anda (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

7. Bagaimanakah jika e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN?
-E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

8. Bagaimanakah untuk mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?
-Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian tekan butang pautan 'Utiliti'.

Semoga perkongsian dan panduan ini memberi manfaat kepada anda semua terutamanya kepada pihak ibu bapa atau penjaga.




Post a Comment

0 Comments