Jawatan Kosong
Permohonan Pegawai Bomba Gred KB19 (Peringkat SPM Dan Sijil)
Permohonan Pegawai Bomba Gred KB19
(Peringkat SPM Dan Sijil)
Untuk makluman anda semua, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada menyediakan peluang pekerjaan yang boleh dimohon untuk semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon jawatan Pegawai Bomba Gred KB19.
Jika anda ingin memohon, pastikan anda ikuti kaedah permohonan ini untuk membuat permohonan dan mengetahui kriteria kelayakan untuk memohon jawatan ini.

JAWATAN KOSONG BOMBA 2020
Untuk pengetahuan anda, sebanyak 1000 jawatan kosong untuk Bomba gred KB19 yang akan dibuka sepanjang tahun 2020. Ia telah dimaklumkan seperti dalam pengumuman dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah ini :
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19
Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini ialah :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
Kriteria untuk ukuran fizikal dan pancaindera yang layak ialah :
Anda diwajibkan untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut untuk anda berjaya mendapat panggilan untuk temuduga.
Pemeriksaan pancaindera dan fizikal juga ada dijalankan untuk memeriksa tahap stamina dan kekuatan anda.
Anda boleh merujuk di sini untuk pemeriksaan tersebut : https://youtu.be/nMepScpyHOw
- Tinggi badan minimum ialah 1.57m bagi lelaki manakala 1.53m bagi wanita tanpa berkasut
- Berat badan minimum ialah 48kg bagi lelaki manakala 46kg bagi wanita
- Mempunyai ukuran dada yang biasa minimum 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
- Lulus dalam ujian penglihatan untuk kedua-dua mata dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
- Dapat melihat warna dengan tepat dan pendengaran tidak cacat
- Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
- mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
- menjulang dan menegakkan tangga Ajax
- menaiki tangga penyelamat 16.5m dan memanjat tali
TEMUDUGA DAN PEMERIKSAAN FIZIKAL
Untuk permohonan yang telah berjaya, anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. Peperiksaan ini dijalankan secara atas alian dan ujian tersebut menguji anda dalam pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipilih, ujian psikometrik, daya untuk selesaikan masalah dan sebagainya.Anda diwajibkan untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut untuk anda berjaya mendapat panggilan untuk temuduga.
Pemeriksaan pancaindera dan fizikal juga ada dijalankan untuk memeriksa tahap stamina dan kekuatan anda.
Anda boleh merujuk di sini untuk pemeriksaan tersebut : https://youtu.be/nMepScpyHOw
KAEDAH MEMBUAT PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI BOMBA KB19
Permohonan hanya dapat dibuat secara atas talian dalam laman web rasmi SPA. Anda perlu layari laman web rasmi SPA untuk bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda.
Link laman web rasmi SPA : Klik Sini
Anda juga boleh layari laman web tersebut jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang jawatan ini atau permohonan untuk jawatan lain yang dibuka.
Link laman web rasmi SPA : Klik Sini
Anda juga boleh layari laman web tersebut jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang jawatan ini atau permohonan untuk jawatan lain yang dibuka.
![]() |
PAPARAN SKRIN LAMAN WEB SPA |
Semoga panduan ini perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membantu anda semua terutamanya bagi orang yang ingin memohon jawatan ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam. Semoga berjaya!
Post a Comment
0 Comments