SPA 2020: Permohonan Latihan Separa Perubatan (Peringkat SPM)



SPA 2020: Permohonan Latihan Separa Perubatan (Peringkat SPM)

Ramai lepasan SPM pada masa kini sukar untuk mencari pekerjaan. Program Latihan ini adalah pengajian yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua lepasan SPM di dalam Malaysia.

Untuk makluman anda, pelatih akan diberikan elaun sara diri sepanjang tempoh pengajian dan penginapan pelatih turut disediakan dalam latihan ini.


Pekerjaan untuk pelatih telah tersedia selepas tamat tempoh latihan. Kementerian Kesihatan akan memberikan anda tempat di hospital-hospital kerajaan untuk mendapat pekerjaan dalam bidang perubatan.

Anda boleh membuat permohonan secara online dalam portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon ialah :

  • Pemohon perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan lain yang setaraf dengannya dan mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
  • Pemohon yang memohon menggunakan sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut bagi memastikan kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan sijil penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
  • Lulus enam subjek dalam SPM dengan subjek Bahasa Melayu mendapat gred kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan.
  • Lulus enam subjek termasuk Bahasa Melayu dengan dua subjek lain di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
  • Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada kepujian atau lulus dan subjek-subjek tertentu sepertimana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam subjek Bahasa
  • Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Bagi calon yang layak, surat panggilan temuduga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal rasmi SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
  • Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah selama satu tahun. Calon perlu isi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Senarai latihan perubatan yang disediakan ialah :
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Fisioterapi
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Juruterapi Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

Latihan untuk bertaraf sijil pula ialah :
  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


Jika anda berminat, anda boleh membuat permohonan untuk mengikuti latihan ini. Rujuk panduan ini untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan.

1. Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.



2. Masukkan ID dan kata laluan anda.



 3. Jika anda belum mempunyai akaun, sila daftar ID dan kata laluan anda.

 


4. Setelah log masuk, pilih 'Borang Permohonan Pekerjaan'.



5. Isi borang tersebut dengan lengkap dan tepat.
   (Letakkan Separa Perubatan pada jawatan dipilih)



 6. Tekan butang ‘simpan’.

Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu dan memberi pengetahuan kepada anda semua terutamanya kepada lepasan SPM. Sila mohon untuk peluang mendapatkan pekerjaan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya baru memohon sekarang ,bila saya boleh tahu kepuyusannya ?

    ReplyDelete