Bantuan Prihatin Nasional: Tarikh Pembayaran Untuk Permohonan Baru Dan Rayuan


Untuk makluman anda, nama-nama yang sedia ada dalam rekod BSH dan LHDNM tidak perlu membuat permohonan baru untuk Bantuan Prihatian nasional (BPN).  Namun begitu, ramai rakyat yang perlu membuat permohonan baru kerana nama tiada dalam rekod. Kerajaan telah menjalankan agihan pembayaran BPN adalah bermula pada 6 April 2020.


Sila baca: Program Subsidi Upah Untuk Pekerja

Untuk individu yang baru membuat permohonan bermula 1 April 2020, permohonan mereka ada yang belum diluluskan. Bilakah permohonan baru akan mendapat kelulusan dan bila pembayaran akan diagihkan?

TARIKH PEMBAYARAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN

Ini merupakan jawapan yang dikongsikan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC untuk pertanyaan tentang hal tersebut.


TARIKH PEMBAYARAN BPN BARU DAN RAYUAN PADA BULAN MEI

Setiap pemohonan baru yang dibuat melalui rayuan BPN dan telah pun diluluskan, bayaran akan diagihkan pada bulan Mei 2020 secara langsung.

Oleh itu, setiap permohonan baru yang belum diluluskan atau telah diluluskan akan menerima bayaran sekaligus pada bulan Mei ini.
Tiada pengagihan pembayaran pada bulan ini untuk permohonan baru dan rayaun. Pihak kerajaan akan memberikan bayaran untuk permohonan yang sudah ada dalam rekod terlebih dahulu pada bulan ini.

Semoga perkongsian dan informasi ini dapat membantu anda semua.



Post a Comment

1 Comments

  1. Nak tanya yang buat permohonan baru untuk bpn bujang tu, klau tak ada akaun, mcm mana ye, sebab kat dalam borang tu suruh isi maklumat akaun... Naj buat macam Mana ye?

    ReplyDelete