Bantuan Prihatin Nasional: Pembayaran Rayuan Fasa 3 Bermula Pada 24 Jun


Untuk individu yang telah mendapat status lulus untuk rayuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional) fasa ketiga, bayaran akan diagihkan ke akaun pemohon pada 24 Jun ini.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, sebanyak 181,000 rayuan BPN fasa 3 telah diluluskan yang melibatkan jumlah dana iaitu RM162 juta.

Pembayaran BPN fasa 3 ini melibatkan individu yang membuat rayuan daripada 11 hingga 31 Mei lalu.

JUMLAH PEMBAYARAN

Pembayaran BPN mengikut 4 kategori penerima:
  1. Isi rumah berpendapatan RM4000 ke bawah (B40) menerima bantuan RM1,600.
  2. Isi rumah berpendapatan RM4001 hingga RM8000 (M40) menerima bantuan RM1,000.
  3. Individu bujang berpendapatan RM2,000 menerima bantuan RM800.
  4. Individu bujang berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 menerima bantuan RM500.

SEMAKAN RAYUAN BPN

Untuk individu yang telah membuat rayuan tapi belum membuat semakan status rayuan, anda boleh semak status BPN anda melalui langkah-langkah ini:
  1. Layari https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Masukkan kod captcha yang dipaparkan.
  4. Status permohonan dipaparkan sama ada Lulus, Tidak Lulus, Tiada Rekod ataupun Tidak Layak.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk individu yang ingin membuat pertanyaan lanjut atau mendapatkan info lanjut, anda boleh rujuk di sini:

i) HASiL Live Chat.
ii) Borang Maklum Balas dalam portal rasmi LHDNM ini: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;
iii) Media Sosial Rasmi LHDNM: 
Facebook: https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter: https://twitter.com/LHDNMofficial

Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda dalam semakan pembayaran untuk rayuan bantuan fasa 3 ini.

Sumber: semakanonline.com

Post a Comment

0 Comments