Daftar Program Virtual Mini Job Hunt (ada 4609 peluang pekerjaan untuk peminjam PTPTN)


Khas kepada semua peminjam PTPTN termasuk mereka yang disenarai hitam, kini ada peluang untuk mencari pekerjaan dalam program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ dengan kerjasama pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 

Untuk makluman anda, program Virtual Mini Job Hunt ini ada menyediakan sebanyak 4,609 jawatan kosong yang melibatkan 20 majikan. Program Virtual Mini Job Hunt ini akan dijalankan selama empat hari bermula dari 30 Jun hingga 3 Julai 2020. 

PENGENALAN PROGRAM VIRTUAL MINI JOB HUNT

Program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ merupakan satu program oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama pihak PERKESO ada menyediakan 4,609 jawatan kosong yang melibatkan 20 majikan. Program ini bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan institusi pengajian tinggi.

TARIKH PROGRAM VIRTUAL MINI JOB HUNT

Program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ akan dijalankan selama empat hari bermula pada 30 Jun hingga 3 Julai 2020.

JENIS PEKERJAAN YANG DITAWARKAN

Ada pelbagai jenis pekerjaan yang akan ditawarkan dalam program ini. Antaranya ialah jawatan dalam sektor pembuatan, servis, runcit, perbankan dan pendidikan dengan tawaran gaji sehingga RM5,000 (maksimum).

AKTIVITI DALAM PROGRAM VIRTUAL MINI JOB

Antara aktiviti yang disediakan dalam Virtual Mini Job Hunt ialah sesi ceramah ‘webinar’ mengenai peluang pekerjaan selama dua hari dan ada temuduga terbuka yang dijalankan secara online.

KAEDAH UNTUK DAFTAR PROGRAM VIRTUAL MINI JOB HUNT

Untuk individu yang berminat, anda membuat pendaftaran dalam laman web https://careerfair.perkeso.gov.my/ bermula pada 25 Jun hingga 3 Julai ini. Tiada sebarang yuran penyertaan akan dikenakan.

Untuk info lebih lanjut, sila hubungi talian tertera ini 019- 2492606 (Mr. Neil), 017- 3398583 (Mr. Dianhazri) dan 019- 6585507 (Mr. Azman).

Semoga panduan dan informasi ini dapat membantu anda semua dalam mendaftar program Virtual Mini Job Hunt. Semoga berjaya.

Sumber: myinformasi.net

Post a Comment

0 Comments