PENJANA: Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kepada OKU (RM300)



Khas kepada golongan OKU dan penjaga OKU, anda akan menerima bantuan khas berjumlah RM300 dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Bantuan Khas ini dbiberikan kepada penerima Bantuan bulanan JKM di bawah skim Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sahaja, mengikut senarai penerima dalam bayaran bantuan bulan Mei 2020. Bantuan khas ini tidak memerlukan sebarang permohonan.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS

Bantuan Khas ini hanya diterima oleh penerima yang layak di bawah skim Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dan bantuan diberikan sebelum 15 Julai ini.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KHAS 

Bantuan Khas ini hanya diberikan kepada penerima Bantuan bulanan JKM dalam skim Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT), mengikut senarai penerima dalam bayaran bantuan bulan Mei 2020.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN KHAS OKU 

Bantuan Khas ini akan dibayar dengan cara pindahan wang secara elektronik (EFT) ke dalam akaun penerima. Setiap penerima bantuan ini akan menerima RM300 secara one-off.

KAEDAH MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELAYAKAN 

Pemohon boleh hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan untuk buat semakan. Direktori Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah boleh dirujuk dalam laman web www.jkm.gov.my atau Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 019-2615999.

Jika ingin membuat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai-pegawai ini :

1. En. Mohd Razuki Bin Sibi (Ketua Penolong Pengarah
Kanan)

03 – 8323 2362
mrazuki@jkm.gov.my

2. En. Mohd Zamry Bin Abulis (Penolong Pengarah Kanan)
03 – 8323 2371
mzamry@jkm.gov.my

3. Seow Pui Ying (Penolong Pengarah)
03 – 8323 2359
puiying@jkm.gov.my

Anda juga boleh berhubung dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan, atau hubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 019-2615999.

Semoga perkongsian ini dapat memberi informasi penting kepada anda semua terutamanya golongan OKU.

Sumber: myinformasi.net

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam.. Sy adalah seorang OKU berdaftar dgn JKM dan punyai kad OKU (fizikal) dah beberapa tahun...dah banyak kali sy minta
    untuk tukar ke skim EPC, setiap tahun..
    Skrg sy masih terima bantuan bulanan JKM skim BKK Rm300..

    Jadi sy nk tanya kenapa ,
    TAK LAYAK KAH SAYA TERIMA BANTUAN ONE OFF GOLONGAN OKU DARI KERAJAAN ??

    ReplyDelete
  2. Bila bantuan one off masuk

    ReplyDelete
  3. Salam.saya nak tanya..saya memegang kad oku..tetapi semua tanya saya ada dapat bantuan elaun pekerja oku..setiap bulan..macam mana yea samaada kene mohon ke tak..

    ReplyDelete
  4. kenapa duit epc sya dapat sebulan ja..kenapa tk masuk kan sekali gus ja...bulan9
    bulan10 mana pergi 2bulan to

    ReplyDelete