BSHR: Permohonan Rayuan Secara Online -Bermula Pada 7 Ogos 2020


Pembayaran BSH untuk fasa 3 telah diagihkan pada 24 Julai lalu.

Tempoh permohonan rayuan BSH pula akan dibuka semula bermula pada 7 Ogos hingga 6 September ini.

Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online dalam portal rasmi ini bsh.hasil.gov.my atau secara manual di mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan.

Ini adalah proses permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup melalui sistem MyBSH.

Namun, anda tidak layak membuat rayuan jika anda tidak memenuhi syarat permohonan BSH ini. 

Antara syarat permohonan tersebut ialah :
  1. Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  7. Pemegang saham / pengarah syarikat
  8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Semak Status Kelulusan Untuk BSH Fasa 3

Untuk makluman, pembayaran BSH dijalankan pada 3 fasa iaitu:
Fasa 1: Januari
Fasa 2: Mac
Fasa 3: Julai


Fasa 1 dan 2 telah melibatkan sebanyak 3.8 juta penerima. Untuk fasa 3 pula, ia melibatkan 4.28 juta penerima termasuk penerima rayuan BSH sebelum ini.

Untuk anda yang telah membuat permohonan rayuan, anda boleh semak status permohonan / kelulusan BSH anda di portal rasmi Bantuan Sara Hidup.

Layari portal ini https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx dan masukkan nombor kad pengenalan anda untuk membuat semakan.

Syarat Kelayakan Untuk Membuat Rayuan

Jika anda ingin membuat permohonan rayuan, pastikan anda memenuhi syarat ini:
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
Hubungan anak perlulah:
  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU

Permohonan Rayuan BSH 2020

Berikut dikongsikan FAQ (Soalan Lazim) Rayuan BSH yang rasmi, sila rujuk disini: https://drive.google.com/file/d/1IqpOjw2pWq3RGC4FB6-Zq4wXWwH-4N-Q/view

Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat pertanyaan, anda boleh layari portal rasmi BSH di sini.

Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan rayuan BSH. Semoga berjaya.

Post a Comment

0 Comments