Informasi
KWSP: Kaedah Untuk Mendaftar Program i-Saraan (Insentif RM250 Setahun)
Perkongsian untuk anda yang sudah mendapat pencen atau golongan yang bekerja sendiri dan tiada potongan KWSP.
Untuk makluman anda, golongan bekerja sendiri termasuk suri rumah boleh mencarum dalam KWSP sendiri iaitu i-Saraan. Dalam Pelan Pemulihan Ekonomi, kerajaan ada membuat pemberian geran padanan sebanyak RM50 juta untuk pekerja dalam sektor ekonomi gig untuk membuat simpanan KWSP mereka melalui program i-Saraan.
Insentif Persaraan iaitu i-Saraan ialah satu program caruman sukarela KWSP yang mempunyai insentif untuk golongan yang bekerja sendiri atau suri rumah. Ia bertujuan untuk memastikan individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap memilki simpanan apabila mencapai umur persaraan mereka.
Ini adalah perkongsian maklumat tentang i-Saraan KWSP termasuk info syarat kelayakan, faedah i-Saraan dan kaedah buat pendaftaran.

SYARAT KELAYAKAN I-SARAAN KWSP
- Warganegara Malaysia
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Orang yang bekerja sendiri
- Merupakan ahli KWSP
- Mendaftar melalui borang KWSP 16G (M)
SENARAI FAEDAH INSENTIF I-SARAAN KWSP
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda dan dapat buat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500
Had Untuk Bayaran
Minimum – Tiada had
Maksimum – RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Maksimum – RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Senarai Individu Dalam Kategori Bekerja Sendiri
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Pengasuh Bayi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, pelakon, penyanyi, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan dalam talian
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik praktis sendiri (cth: peguam, akauntan, doktor)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen

KAEDAH UNTUK DAFTAR I-SARAAN KWSP
Permohonan dibuat dengan memuat turun borang permohonan dan anda perlu sertakan dokumen ini:- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
KAEDAH PEMBAYARAN INSENTIF I-SARAAN KWSP
a. Melalui kaunter KWSP atau ejen bank yang dilantik- Guna Borang i-Saraan (KWSP 6A (2))
- Perlu diserahkan bersama cek/ bank draf/ wang pos dan tunai bawah RM500
b. Perbankan internet
Untuk maklumat lebih lanjut tentang program ini, sila layari laman web rasmi KWSP ini www.kwsp.gov.my
Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat pendaftaran untuk i-Saraan KWSP ini. Semoga berjaya.
Sumber: myinformasi.net
Post a Comment
1 Comments
Rm250
ReplyDelete