Bantuan Prihatin Rakyat: Tarikh Pembayaran Untuk Fasa 2 & Jumlah Pembayaran Mengikut Kategori




Setelah pembayaran Fasa 1 diagihkan secara berperingkat pada 24 Februari lalu, kini pembayaran untuk Fasa 2 pula akan diagihkan.

Oleh itu, ini adalah perkongsian tentang tarikh pembayaran dan jumlah bantuan BPR Fasa 2.

Bantuan Prihatin Rakyat 

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 adalah program yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bayaran BPR dibuat dalam beberapa fasa dan pembayaran untuk Fasa 1 telah diagihkan pada 24 Februari lalu.

Pembayaran BPR Fasa 2

Dalam kenyataan dari pihak LHDN/Kementerian Kewangan yang terkini, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat untuk Fasa 2 dijangka akan diagihkan bermula pada awal bulan Mei 2021 ini.

Jumlah pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua ini berbeza mengikut setiap Kategori Bujang, Isi Rumah, dan juga bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga.

Rujuk gambar di bawah ini :





Untuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa Pertama telah menerima jumlah bayaran berikut:
  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Kategori Bujang : RM150

Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2 

Semakan status permohonan untuk BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM ini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan

Untuk info lebih lanjut, anda boleh layari portal rasmi BPR LHDNM ini: https://bpr.hasil.gov.my

Anda juga boleh hubungi pihak LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Atau talian MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Anda juga boleh datang ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments