BSN Micro Pemerkasa : Mohon Untuk Pembiayaan Mikro Kredit Berjumlah RM50,000





Khas untuk para usahawan, anda kini boleh memohon pembiayaan mikro kredit dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu BSN Micro Pemerkasa.

Pada 17 Mac yang lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan 20 inisiatif Pemerkasa dan salah satu inisiatif ialah kemudahan mikro kredit kepada para usahawan mikro dan juga PKS dengan dana berjumlah RM500 juta.

Program BSN Micro Pemerkasa dilaksanakan dengan dana sebanyak RM300 juta untuk usahawan mikro dan PKS yang layak dan diuruskan oleh BSN.

Jumlah Pembiayaan & Faedah 

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan dalam BSN Micro Pemerkasa adalah sehingga RM50,000.

Jumlah faedah dalam pembiayaan ini pula telah dikurangkan dari 3.5% kepada hanya 3.0% setahun.





Tempoh Masa Pinjaman 

Tempoh pinjaman untuk pembiayaan BSN micro Pemerkasa adalah selama 5 setengah tahun.

Ia juga termasuk dalam 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan yang akan dibayar.


Syarat Kelayakan Untuk Memohon 

Syarat-syarat kelayakan untuk pemohon adalah seperti berikut :
  1. Pembiayaan ini ditawarkan kepada perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
  2. Syarikat perniagaan dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  3. Syarikat perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  4. Pemohon bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  5. Perniagaan pemohon telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Kaedah Untuk Memohon 

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah mudah membuat permohonan seperti berikut :
  1. Muat turun borang pemohonan di pautan ini:  https://www.bsn.com.my/cms/upload/pdf/forms/micro.pdf
  2. Isi borang permohonan dengan betul dan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke cawangan BSN yang berdekatan.

Dokumen Yang Perlu Disediakan 

Dokumen yang perlu disediakan dan serahkan berserta dengan borang permohonan adalah seperti berikut :
  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah/Pemegang Saham/Penjamin (jika berkenaan).
  3. Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.
  4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan jika diminta oleh pihak bank.

Untuk info lebih lanjut, sila layari https://www.mybsn.com.my/ atau anda boleh hubungi pihak BSN di talian ini : 1300-88-1900.


Semoga perkongsian dan panduan ini dapat memberi info yang jelas dan dapat
membantu anda semua. Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments