KerjayaGig : Bantuan Berjumlah RM600 Untuk Pekerja & RM200 Untuk Majikan




Dalam makluman pelaksanaan PEMERKASA oleh YAB Perdana Menteri, PERKESO sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia akan menjalankan pengambilan pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 yang melibatkan pekerjaan jangka pendek atau pekerjaan gig di bawah Program KerjayaGig.

Ini adalah perkongsian maklumat berkenaan dengan KerjayaGig PERKESO.

Program KerjayaGig PERKESO 

Program KerjayaGig akan mengagihkan bantuan yang berjumlah RM600 sebulan sehingga tempoh 6 bulan kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dalam PERKESO.

Insentif ini bertujuan untuk membantu pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas oleh penularan wabak COVID-19 termasuk pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun yang kehilangan pekerjaan.

Insentif ini khas untuk pengambilan pekerja yang bermula pada 18 Mac 2021.

Dalam program ini, platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja juga akan menerima bantuan sebanyak RM200 secara “one-off” bagi setiap pengambilan.




Syarat-Syarat & Kelayakan 

Individu yang bekerja sendiri atau gig dalam kategori berikut layak dalam Program KerjayaGig:
  1. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
  2. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan diberhentikan kerja
  3. Pencari kerja dari golongan rentan (contohnya penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih

Tarikh Permohonan 

Permohonan untuk insentif program ini boleh dibuat kepada PERKESO bermula pada 1 April 2021.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021.

Kaedah Untuk Memohon Program KerjayaGig 

Kategori: Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)
  1. Iklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  2. Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja.
  3. Hantar permohonan KerjayaGig dalam sistem PenjanaKerjaya.
  4. Proses kelulusan akan dimaklumkan dalam e-mel kepada pekerja.
  5. Majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari.

Kategori: Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  1. OBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan.
  2. OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan.
  3. Untuk menerima bayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya. (Mulai bulan kedua)
  4. OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya (penjanakerjaya.perkeso.gov.my).
  5. OBS perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.


Untuk maklumat lanjut dan ingin membuat pertanyaan, sila rujuk laman web ini : www.perkeso.gov.my   

Anda juga boleh rujuk di media sosial rasmi PERKESO.

Atau anda boleh hubungi talian ini : 1-300-22-8000 
E-mel : perkeso@perkeso.gov.my.


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat!

 

Post a Comment

0 Comments