PISMP : Permohonan IPG Untuk Lepasan SPM Tahun 2021




Berita baik untuk semua lepasan SPM, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru telah dibuka. Program ini bertujuan untuk melatih belia dalam bidang perguruan di Malaysia. 

Ia terbuka kepada warganegara Malaysia, permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi 'Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Senarai lokasi dan alamat Institut Pendidikan Guru yang boleh dirujuk di IPGM (dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan).

Tarikh Permohonan PISMP Institut Pendidikan Guru 2021 

Permohonan dibuka : 15 Mac 2021
Permohonan ditutup : 15 April 2021

Keadah Untuk Memohon PISMP Institut Pendidikan Guru 2021 

Ikuti langkah-langkah ini untuk membuat permohonan program ini seperti berikut :
  1. Permohonan PISMP boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: http://pismp.moe.gov.my
  2. Permohonan akan melalui fasa tapisan berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah pun ditetapkan oleh KPM. Justeru, pemohon yang terpilih dikehendaki bagi menduduki dan LULUS sebuah Ujian Kelayakan Calong Guru (UKCG) sebelum dipanggil temuduga.
  3. Pemohon boleh membuat satu (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
  4. Pemohon hendaklah mengesahkan setelah selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.
  5. Nombor rujukan hendaklah disimpan oleh pemohon kerana ianya penting untuk membuat semakan dimasa akan datang.
  6. Sila pastikan permohonan yang dibuat lengkap. Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar dan tidak lengkap.



Syarat Kelayakan Untuk Memohon 

Ini adalah syarat-syarat kelayakan untuk buat permohonan tahun semasa secara online: 
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 jun 2001.
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A- . Dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut , iaitu:
1. Bahasa Melayu
2. Sejarah
3. Bahasa Inggeris


Untuk info lebih lanjut atau ingin membuat sebarang pertanyaan tentang permohonan IPG 2021, sila hubungi alamat atau talian berikut :

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3, Blok 2250, Jalan Usahawa 1
63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon : 03-8312 6666 / 03- 8312670


Semoga perkongsian dan panduan ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments