Program Perantisan PERKESO (Pemerkasa) : Insentif Berjumlah RM800 Sebulan



Khas untuk anda yang belum mempunyai pekerjaan, anda boleh memohon Program Perantisan PERKESO yang dilaksanakan dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Sebagai informasi, Program Perantisan PERKSEO di bawah Pemerkasa ini adalah program yang ditambah baik dalam PenjanaKerjaya 2.0 yang dilaksanakan sebelum ini setelah mengambil kira maklum balas daripada orang ramai pihak.

Program Perantisan PERKSEO dibawah Pemerkasa ini telah ditambah baik untuk tempoh 6 bulan dalam memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi.




Senarai Program & Tarikh Permohonan 

Butiran setiap program dan tarikh permohonan adalah seperti ini :


ProgramTempohJumlah InsentifTarikh Permohonan
Program Perantisan Asal
(PenjanaKerjaya 2.0)
3 bulanRM1,000
Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Permohonan Baru)6 bulanRM8001 April 2021
Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Lanjutan daripada Perantisan Asal)3 bulan + 3 bulan lanjutanRM1,000 (3 bulan pertama)

RM600 (3 bulan lanjutan)

15 April 2021

Syarat-Syarat Sebelum Buat Permohonan 

Untuk para majikan, rujuk syarat-syarat ini :
  1. Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 18–30 tahun.
  2. Majikan boleh menggajikan mana–mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.

Untuk perantis , syarat permohonan adalah seperti berikut : 
  1. Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah; atau
  2. Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Syarat Kelayakan Untuk Memohon 

Pihak majikan perlu memenuhi syarat kelayakan tersebut :
  1. Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  2. Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
  3. Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.

Kriteria Tidak Layak Memohon 

Antara mereka yang tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut :
  1. Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
  2. Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
  3. Bukan warganegara Malaysia

Kaedah Untuk Memohon 

Untuk pihak majikan, rujuk prosedur ini untuk membuat permohonan :
  1. Daftar dan iklankan kekosongan untuk pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my.
  2. Buat permohonan insentif di laman sesawang https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

Untuk perantis pula, anda boleh memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman web ini : https://www.myfuturejobs.gov.my.


Untuk info lanjut tentang Program Perantisan PERKSEO Pemerkasa, anda boleh hubungi PERKESO di talian ini : 1-300-22-8000 

Atau menghantar email ke perkeso@perkeso.gov.my.


Semoga perkongsian dan panduan ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments