Dapatkan Nombor Baucar Untuk BPR Fasa 2 Sekarang! -Rujuk Kaedah Ini




Ada beberapa penerima BPR yang lulus untuk Fasa 2 yang mengalami kesulitan iaitu pembayaran BPR Fasa 2 tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank kerana bank yang didaftrakan belum aktif atau penerima tidak mempunyai akaun bank.

Oleh itu, penerima tersebut akan menerima bayaran BPR Fasa 2 secara wang tunai/cash dan penerima perlu mendapatkan Nombor Baucar untuk menerima pembayaran wang tunai/cash di Bank BSN yang terdekat. Rujuik dibawah untuk mendapatkan Nombor Baucar BPR Fasa 2.

Kaedah Untuk Mendapatkan Nombor Baucar BPR Fasa 2 

Ikuti kaedah ini untuk dapatkan nombor baucar :

1. Layari laman web rasmi BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
2. Masukkan No IC anda dan klik "Log Masuk"
3. Klik menu "Semakan Status"
4. Klik "Maklumat Bayaran" dan maklumat tersebut akan dipaparkan dalam bentuk jadual :

  • Tarikh Kredit
  • No Kad Pengenalan 
  • Nama
  • Jumlah Kredit
  • Status Kredit
  • Nama Bank
  • No Akaun Bank
  • Kod Tidak Berjaya
  • No Baucar
  • Tarikh Tunai 

*
Sila lihat dengan teliti di bahagian STATUS KREDIT
*GAGAL KREDIT akan dipaparkan jika pembayaran tidak dapat dikreditkan dan mendapat bayaran secara wang tunai.

Kaedah Untuk Mendapatkan Bayaran Wang Tunai Melalui Nombor Baucar 

Untuk mendapatkan bayaran BPR secara wang tunai, pemohon yang layak menerima BPR Fasa 2 wajib untuk membawa nombor baucar dan kad pengenalan ke mana-mana cawangan bank BSN yang berdekatan.


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda dalam mendapatkan wang tunai BPR Fasa 2 ini. Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments