GKP Tambahan : Bantuan Kewangan RM1,000 Untuk PKS Di Negeri PKP & RM500 Untuk Negeri Lain




Khas untuk individu yang belum menerima Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) diminta untuk membuat semakan status pembayaran.

Untuk anda yang memohon GKP Tambahan PERMAI dan diluluskan tetapi berstatus Gagal Kredit, anda perlu kemas kini maklumat akaun bank.

Pengemaskinian akaun bank boleh dibuat bermula pada 5 Mei sehingga 19 Mei untuk memudahkan urusan pembayaran semula terhadap akaun bank mereka.

Semakan status dan kemas kini akaun bank perlu dibuat dalam portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my .





GKP Tambahan 

GKP Tambahan PERMAI ialah bantuan kewangan one-off yang diberikan oleh kerajaan berjumlah RM1,000 kepada usahawan PKS dan Mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada bulan Januari dan Februari 2021 yang lalu.

Untuk negeri yang tidak terlibat dengan PKP, kerajaan memberikan bantuan kewangan one-off berjumlah RM500 kepada usahawan PKS dan Mikro yang layak di negeri tersebut.





Syarat Kelayakan Untuk Menerima GKP 


Syarat kelayakan untuk usahawan untuk menerima GKP Tambahan PERMAI ialah :

  • Pemilik PKS mikro merupakan warganegara Malaysia.
  • Usahawan masih aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan mereka belum ditutup.
  • Jumlah jualan atau pendapatan tahunan perniagaan mereka adalah kurang daripada RM300,000.
  • Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan mereka adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

Usahawan tersebut juga perlu berdaftar dengan beberapa agensi yang berikut :
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

Kaedah Untuk Membuat Semakan Status 

  1. Layari portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan no. kad pengenalan.
  3. Tekan logo ‘Kanta’ di bahagian kanan.
  4. Masukkan angka Captcha dan klik ‘Semak.’
  5. Keputusan GKP Tambahan dipaparkan.

Kaedah Untuk Kemaskini Akaun Bank 

  1. Layari portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  3. Masukkan no. kad pengenalan dan klik ‘Semak.’
  4. Masukkan kata laluan.
  5. Klik profil dan kemaskini akaun bank.

Untuk info lebih lanjut tentang GKP Tambahan PERMAI, anda boleh hubungi Hasil Care Line di talian ini: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).



Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi info yang jelas dan dapat 
membantu anda semua. Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments