Penjana Kerjaya: Bantuan Sebanyak RM1,000 Untuk Golongan Belia -Sila daftar sekarang!



Untuk makluman anda, ini bukan eBelia eWallet berjumlah RM150 tetapi ini adalah bantuan wang tunai berjumlah RM1,000 dari PERKESO.

Golongan belia yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun layak membuat permohonan bantuan RM1000 ini terhadap majikan. Bantuan ini termasuk dalam Program Perantisan melalui Program Penjana Kerjaya 2.0 2021.

Bantuan ini dilaksanakan adalah untuk memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur atau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk meningkatkan lagi kemahiran mutu " on the job training".

Syarat & Kelayakan Untuk Memohon Bantuan Belia 

Sebelum memohon bantuan ini, sila rujuk syarat-syarat di bawah ini :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Menganggur 
  3. Tidak mempunyai kerja tetap
  4. Lepasan sekolah atau graduan yang berumur 18-30 tahun

Bantuan Belia 2021 

Di bawah Program Perantisan dalam Program PenjanaKerjaya 2.0, mana-mana majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 – 30 tahun boleh membuat permohonan untuk menerima bantuan sebanyak RM1,000.

  • Bayaran RM1000 akan dibayar kepada majikan dan majikan akan bayar kepada pekerja, iaitu golongan belia lepasan sekolah dan graduan yang memasuki Program Perantisan.
  • Dengan insentif bantuan ini, anda boleh dapat gaji minimum RM1200 sebulan dari majikan.
  • Bayaran bantuan ini akan diberikan selama 3 bulan berturut-turut, dengan syarat anda bekerja minimum 3 bulan.

Kaedah Untuk Memohon Bantuan Belia RM1,000 

Rujuk kaedah ini untuk membuat permohonan :

  1. Layari laman web rasmi PenjanaKerjaya di sini: https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  2. Klik "REGISTER"
  3. Di bahagian "Create an Account", masukkan maklumat yang diminta dengan lengkap dan betul
  4. Klik "Submit"
  5. Semak e-mel untuk buat pengesahan pendaftaran
  6. Klik pautan dalam email tersebut
  7. Sila login menggunakan email dan password yang telah didaftarkan

Tarikh Akhir Permohonan Bantuan Belia 2021 

Permohonan bantuan ini telah dibuka sejak 1 Januari 2021 lalu. 

Tarikh tutup permohonan bantuan belia ini adalah pada 30 Jun 2021.


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda dalam memohon bantuan ini. Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments