Diskaun Saman JPJ Sebanyak 70% Dilaksanakan Sehingga 16 September 2021




Sempena Bulan Kemerdekaan ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan diskaun pembayaran saman JPJ sebanyak 70% kepada semua pengguna jalan raya.

Untuk makluman, pihak JPJ menawarkan diskaun saman ke atas pengguna jalan raya dan notis saman tersebut berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang ada dalam sistem mySIKAP JPJ.

Tarikh Pelaksanaan Diskaun 

Diskaun sebanyak 70% sempena Bulan Kemerdekaan ini akan ditawarkan kepada orang ramai bermula pada 18 Ogos hingga 16 September ini.

Kategori Saman Yang Layak Mendapat Diskaun 

Antara saman yang layak untuk menerima diskaun sebanyak 70% adalah seperti berikut :

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334).
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).
  • Kaedah-kaedah dan perintah-perintah dibawahnya.
  • Kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Saman tersebut perlulah aktif dan tempoh kompaun masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dibuat dalam tempoh diskaun.

Namun, diskaun saman sebanyak 70% ini tidak dilaksanakan untuk saman kes mahkamah, berstatus waran tangkap, atau perbicaraan.

Kaedah Pembayaran Saman 

Ada 3 kaedah pembayaran saman yang boleh dibuat iaitu :
  • Kaunter JPJ
  • Kiosk JPJ
  • Portal mySIKAP

mySIKAP
adalah portal online rasmi JPJ yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai.

Untuk orang ramai yang membayar saman melalui portal mySIKAP, terdapat beberapa perkhidmatan lain yang ditawarkan iaitu :





Untuk membuat pendaftaran dan mengaktifkan Portal JPJ mySIKAP, sila ikuti langkah-langkah ini :










Untuk membuat pertanyaan lanjut tentang diskaun saman ini, sila hubungi hotline JPJ di talian ini: 03-8000 8000 

Atau layari laman web: https://www.jpj.gov.my/.


Semoga panduan dan perkongsian ini memberi info yang jelas dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat!

Kongsikan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang ramai di sosial media.


Post a Comment

0 Comments