TERKINI! Pengeluaran Wang KWSP Berjumlah RM10,000 Secara 'One-Off' Dalam Akaun 1



Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyarankan pihak kerajaan agar menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas yangterakhir untuk membantu rakyat dalam masalah kewangan ketika pandemik Covid-19 ini.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perkara itu sangat dituntut oleh orang ramai ketika ini disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda negara.

PENGELUARAN RM10,000 AKAUN 1 KWSP

"Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal untuk memulakan perniagaan kecil mereka.

"Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin lalu.

Bekas Perdana Menteri iaitu 
Dato' Seri Mohd Najib juga berkata, kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu ini bukan berniat untuk menarik populariti semata-mata, sebaliknya atas dasar memahami kesusahan yang dialami rakyat ketika ini.


"Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat," jelas beliau lagi.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 tidak memaklumkan tentang pengeluaran simpanan KWSP i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off.


Kongsikan informasi ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan seta orang ramai.

Semoga informasi ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda untuk membuat pengeluaran wang KWSP sebanyak RM10,000 ini.

Post a Comment

2 Comments

  1. Lulus kan ja 1 off 10k dari akaun 1 kwsp utk kali terakhir , tak perlu du jadi kan isu memanjang

    ReplyDelete
  2. Saya semua tak dapat apa yang dapat habuk

    ReplyDelete