Pengambilan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) - Kelayakan Minimum SPM!




Ini adalah merupakan iklan jawatan kosong untuk kerajaan yang telah ditawarkan dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Portal E-Semakan 1Malaysia ini adalah laman rasmi untuk makluman iklan jawatan kosong yang ada dalam negara.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan perlu memohon dan mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan seperti dibawah.

Maklumat Jawatan Kosong Yang Ditawarkan 


Anda dialu-alukan untuk memohon sekiranya anda warganegara Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini :

1. Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 66/23 (Lelaki)

Kelayakan : SPM & Setaraf
Gaji : RM1,546.00 - RM2,026.07
Tarikh Permohonan : 12 Ogos hingga 23 September 2022
Lokasi : Seluruh Negara 

Syarat dan Kelayakan Untuk Memohon 

SYARAT ASAS PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 24 tahun pada 1 Jun 2021.
  3. Penglihatan - Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  4. Tidak rabun warna.
  5. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  7. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL

1. Tinggi:

  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki - 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita - 1.57 m

2. Berat:

  • Berat Badan Minima Lelaki - 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita - 40.5 kg

3. Indeks Jisim Badan (BMI) :

  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Kaedah Untuk Memohon 

Permohonan boleh dibuat secara atas talian ataupun "online". Sila ikuti kaedah dan langkah tersebut :
  1. Klik pautan "MOHON SINI" yang ada dibawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan tersebut.
  2. Pemohon diminta untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil untuk hadiri temuduga. (rujuk iklan penuh jawatan kosong melalui pautan yang disediakan dibawah)

MOHON SINI

Mohon jawatan kosong tersebut di pautan "MOHON SINI" yang tertera di atas.


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda semua dalam memohon jawatan kosong ini. Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments