Pelaksanaan Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022




Baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah menjalin kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merasmikan satu bantuan baru iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang khusus untuk golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu dengan harga jauh lebih murah dari harga asal.

Bantuan ini merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


MAJLIS PERASMIAN BLKM 2022 


Dalam Majlis Perasmian tersebut, Perdana Menteri umumkan program BLKM adalah khusus  untuk golongan keluarga B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai masalah kewangan untuk mengikuti kelas di institusi latihan memandu dan mendapatkan lesen.

Pembayaran Yuran Lesen BLKM

Dalam bantuan ini, individu yang layak hanya perlu buat pembayaran berjumlah RM250 seorang dengan mengikuti kursus pendek.

Yuran ini adalah lebih murah dari harga sebenar yang perlu dibayar setiap individu biasa iaitu berjumlah RM750 seorang.


Syarat Kelayakan Permohonan BLKM

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk layak memohon BLKM :

  1. Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
  2. Sihat fizikal dan mental
  3. Tiada kecacatan fizikal
  4. Tidak disenaraihitamkan (blacklist) oleh pihak JPJ atau polis
  5. Tidak mempunyai sebarang lesen memandu

Kaedah Untuk Membuat Permohonan

Setakat ini, tiada lagi sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan untuk cara memohon bantuan ini. Sebarang informasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Untuk info lebih lanjut atau buat sebarang pertanyaan mengenai BLKM, sila layari laman web rasmi MOT di pautan Facebook Rasmi MOT :


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi info yang lengkap dan dapat membantu anda dalam menerima bantuan ini.


Kongsikan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang ramai di media sosial.

Post a Comment

0 Comments