Panduan untuk membuat Permohonan Baharu dan Kemaskini Status Bantuan Sara Hidup 2020 Online








Permohonan Baharu dan Kemaskini Status Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online


Kepada individu yang menerima BSH 2020 pada fasa pertama, anda dikehendaki untuk kemaskini status anda dalam Bantuan Sara Hidup bermula 1 Februari dalam portal rasmi BSH.

Permohonan yang baharu juga telah dibuka untuk individu yang layak menerima BSH.

Di sini kami kongsikan penerangan untuk kemaskini status permohonan BSH anda.
PENDAFTARAN BSH KINI LEBIH MUDAH

Sehingga 20 Februari tahun lepas, lebih 900,000 permohonan BSH daripada individu di seluruh Malaysia telah disahkan untuk menerima BSH.

Ia juga termasuk sebanyak 200,000 permohonan baharu dan 700,000 permohonan yang di kemaskini.

Untuk maklumat terkini, BSH khas kepada orang bujang berjumlah RM300 akan diberikan pada penghujung bulan Mac 2020.

Sebelum ini, orang ramai juga tidak senang hati kerana menghadapi masalah untuk membuat kemaskini status permohonan BSH.

Untuk memastikan kelancaran program BSH pada fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos 2020, pihak MOF telah memberi kemudahan dalam prosedur pendaftaran seperti berikut:


  • Borang permohonan BSH 2020 dapat diterima walaupun pemohon tidak menyediakan salinan dokumen kad pengenalan diri yang lengkap semasa permohonan. 
  • Borang tersebut akan mula dikemas kini berdasarkan butiran yang direkodkan dalam Borang Permohonan BSH yang disediakan oleh pemohon sahaja.
  • Pemohon BSH juga diberi pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana penyediaan dokumen tidak lagi merupakan syarat wajib.
  • Bagi pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas), pemohon tersebut tidak dikehendaki untuk mengemaskini butiran tetapi jika perubahan maklumat didapati kerana pihak LHDNM akan menggunakan data individu dalam BSH 2018 untuk menjalankan proses penerimaan permohonan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800- 88-2747 atau e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my
12 KATEGORI INDIVIDU TIDAK LAYAK MENERIMA BSH

Berikut merupakan 12 kategori individu yang tidak layak untuk memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini. Antaranya ialah: 

  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan.
  2. Menetap di luar negara.
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah.
  4. Pasangan yang bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak.
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan.
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal.
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat.
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc.
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc.
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc.
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000.

Jika anda tergolong dalam senarai kategori tersebut, maka anda tidak layak untuk menerima BSH untuk tahun ini.

Oleh itu, anda tidak dikehendaki untuk kemaskini BSH atau membuat sebarang permohonan yang baharu memandangkan permohonan anda telah ditolak.
KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2020

Berdasarkan maklumat terkini yang diterima, golongan warga emas sahaja yang tidak perlu untuk membuat kemaskini status permohonan BSH mereka.

Penerima BSH pada fasa pertama sebelum ini wajib untuk membuat kemaskini Bantuan Sara Hidup secara dalam talian atau datang ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekan.

Jika anda tidak berjaya untuk mengemaskini butiran BSH anda, permohonan BSH anda akan tidak diproses dan anda mungkin tidak akan menerima BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos 2020 nanti.

Berikut merupakan butiran yang diminta ketika proses kemaskini dijalankan termasuklah:

  1. Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  2. Alamat surat menyurat terkini dan emel
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah
  4. Maklumat akaun bank
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan
  6. Maklumat waris

Segala butiran untuk tanggungan BSH 2018 tidak akan diproses ke sesi pembayaran yang seterusnya. Jadi anda perlu membuat pendaftaran semula maklumat anak yang terkini.

Ini termasuklah segala maklumat sokongan yang perlu anda kemukakan sekali lagi untuk kelayakan BSH 2020.

Slip gaji individu tidak lagi diperlukan kerana pihak LHDNM akan menggunakan data dari agensi yang berkaitan untuk menjalankan pengesahan maklumat pendapatan pemohon Bantuan Sara Hidup.

Dan jika pasangan anda telah menerima BSH 2018 telah meninggal dunia, anda dapat membuat permohonan yang baharu dengan menggunakan maklumat status perkahwinan yang terkini.

Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan maklumat palsu ketika mengemaskini permohonan anda.

Jika didapati bersalah, anda boleh dikenakan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BSH.

Tarikh tutup untuk kemaskini BSH 2020 adalah pada 15 Mac nanti.

PANDUAN UNTUK KEMASKINI BSH ONLINE

Kemaskini dengan cara manual dapat dilakukan di mana-mana cawangan LHDNM.

Bagi kemaskini BSH secara dalam talian, caranya ialah:

1. Layari portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/

2. Kemudian pilih pautan 'MyBSH' dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

3. Setelah berjaya daftar masuk ke dalam sistem kemaskini BSH, sila lakukan semakan dan lengkapkan maklumat permohonan yang terkini.

4. Anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat akaun bank dengan memasukkan nombor akaun bank yang masih aktif.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang prosedur untuk kemaskini Bantuan Sara Hidup anda boleh download PDF ini.
PERMOHONAN BAharu BSH 2020

Permohonan dapat dibuat secara dalam talian atau melengkapkan borang permohonan BSH secara manual.

Untuk permohonan dalam talian, sila layari portal rasmi BSH dan klik pada butang Permohonan BSH.

Untuk permohonan melalui borang, anda boleh memuat turun borang-borang seperti di bawah:


Semua borang tersebut dapat dihantar ke setiap kaunter LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), pejabat SUK negeri atau di pejabat daerah yang berdekatan,

Penghantaran borang juga boleh dibuat secara pos ke alamat berikut:

Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor

Hanya tiga kategori tersebut yang layak untuk memohon BSH 2019:

  1. Kahwin
  2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai anak
  3. Warga emas sebatang kara


Untuk pemohon kategori kahwin, anda perlulah memenuhi syarat-syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan mestilah Warganegara Malaysia
  • Jika pasangan bukan warganegara mestilah mempunyai anak yang warganegara
  • Hubungan anak mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Anak mestilah berumur 18 tahun ke bawah
  • Anak berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar di IPTA
  • OKU yang berdaftar dengan JKM
  • Anak mestilah tidak mempunyai pendapatan / tidak bekerja

Untuk penerangan lebih lanjut tentang prosedur kemaskini dan permohonan baharu, anda dialu-alukan untuk memuat turun dokumen penerangan ini.

Post a Comment

0 Comments