Daftar Permohonan dan Kemaskini BSH 2020 (1 Februari)


Daftar Permohonan dan Kemaskini BSH 2020 (1 Februari)

Berikut merupakan maklumat terkini yang diperoleh.
Aktiviti pendaftaran untuk memohon dan membuat kemaskini BSH 2020 (Bantuan Sara Hidup) akan mula beroperasi pada 1 Februari hingga 15 Mac (tarikh tutup).
Anda diminta untuk melakukan kemaskini status permohonan jika mempunyai butiran seperti di bawah :
  1. Pemohon yang belum mendaftar untuk Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak diluluskan dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau 
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai dalam Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan untuk BSH 2020
Pembayaran untuk fasa pertama dijalankan pada 25 Januari kepada penerima BSH untuk tahun lepas.
Walau bagaimanapun, pembayaran untuk fasa pertama terbatas kepada kategori isi rumah manakala pembayaran untuk kategori bujang dan OKU pula dilaksanakan secara one-off pada fasa kedua pada bulan Mei ini.
  • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara
Khas kepada pemohon yang telah berkahwin tapi bukan warganegara dan kategori bujang dan ibu tunggal (tiada tanggungan) anda tidak layak menerima bantuan 28 Januari nanti.
Bagi permohonan yang tidak diluluskan , anda dikehendaki untuk membuat kemaskini BSH bermula pada 1 Februari untuk meluluskan permohonan.

KEMASKINI BSH 2020

Proses untuk membuat kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup anda boleh dibuat secara atas talian di dalam portal rasmi BSH.
Antara butiran yang perlu dikemaskini ialah :
  • Status perkahwinan terkini seperti kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat yang terkini dan e-mel yang aktif
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris
Untuk pengetahuan anda, maklumat waris adalah sangat penting jika terdapat berlaku kematian.
Hal ini kerana skim Bantuan Sara Hidup (BSH) menyediakan RM1,000 untuk skim Khairat Kematian kepada waris bagi penerima BSH dan ia dapat dituntut di cawangan BSN seluruh Malaysia.
Dalam prosedur membuat tuntutan skim khairat kematitan, waris hendaklah menyediakan dokumen pengesahan seperti :
  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

PERMOHONAN Baru

Jika anda ingin membuat permohonan untuk Bantuan Sara Hidup pada tahun ini, dokumen tersebut diperlukan untuk menjalankan proses permohonan baharu yang akan bermula pada 1 Februari :
  • Salinan kad pengenalan suami dan isteri
  • Salinan sijil kahwin atau nikah
  • Salinan sijil lahir untuk anak di bawah umur 18 tahun (maksimum 4 orang)
  • Salinan nombor akaun bank isteri

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2020

Syarat-syarat kelayakan untuk anda yang ingin membuat permohonan BSH pada tahun ini ialah:
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah iaitu RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan iaitu RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab untuk permohonan yang gagal. Antaranya ialah :
  1. Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
  2. Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
  3. Memohon lebih dari satu kali (suami/isteri membuat permohonan berasingan).
  4. Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.
  5. Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.
  6. Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.
  7. Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.
  8. Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.
  9. Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.
Sila buat kemaskini permohonan BSH anda pada tahun ini untuk kepentingan anda.
Pautan untuk kemaskini BSH 2020 akan diumumkan nanti.
Sila tunggu pembayaran untuk fasa pertama yang berjumlah RM300 pada 25 Januari nanti.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan membantu anda. 


Post a Comment

0 Comments