Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Tahun 2020







Bantuan Kerajaan Untuk Tahun 2020


Sedar tak sedar, kita baru sahaja memasuki tahun 2020 iaitu kita hidup di dekad yang baru.


Penerangan ini merupakan perkongsian tentang senarai bantuan kerajaan untuk tahun 2020 yang boleh dimohon untuk keselesaan hidup.


Apa yang menarik ialah permohonan untuk bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian sahaja tanpa mendapatkan cop pengesahan daripada pihak JKKK, pegawai daerah dan sebagainya.


Sebilangan dari bantuan ini baru diperkenalkan dalam Belanjawan 2020 baru-baru ini.


Sebahagian bantuan ini juga merupakan program yang diteruskan dari tahun sebelum ini iaitu tahun 2019.

BANTUAN SARA HIDUP 2020









Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 masih lagi dijalankan dengan kadar bayaran tambahan khas untuk penerima yang berkategori bujang.


Seperti sebelum ini, pembayaran untuk BSH akan dijalankan pada bulan Januari, Mei dan Ogos nanti.


Sebarang aktiviti untuk membuat kemaskini atau permohonan baharu akan bermula pada bulan Februari nanti.


Untuk memperoleh pemberitahuan yang terkini tentang Bantuan Sara Hidup akan mula dikemaskini di saluran Telegram ini, boleh klik untuk mengikuti sebarang berita.

SUBSIDI MINYAK PETROL









Khas kepada penerima BSH, anda layak untuk menerima subsidi petrol dengan jumlah sebanyak RM30 untuk kenderaan beroda empat dan RM12 untuk motosikal yang direkodkan pada setiap bulan.


Aktiviti pengagihan untuk subsidi petrol ini akan berpoperasi pada bulan Januari nanti.


Orang ramai dapat membuat semakan untuk status kelayakan 'Program Subsidi Petrol' dalam portal rasmi ini https://www.kpdnhep.gov.my/ yang bermula pada 15 Oktober tahun lepas.

PROGRAM SARAPAN PERCUMA







Khas kepada pelajar yang bersekolah rendah, murid-murid ini dapat menikmati bantuan khas iaitu program sarapan percuma bermula awal tahun ini.


Program ini akan dijalankan setiap seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi bagi sekolah pada sesi pagi dan antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah pada sesi petang.

ETUNAI RAKYAT








Pihak kerajaan akan menyediakan bantuan yang berbentuk kredit RM30 dalam program eTunai Rakyat yang bertujuan untuk menggalakkan banyak penggunaan 'ewallet' dalam kalangan masyarakat.


Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 setahun dan ke bawah layak untuk mendapat kredit RM30 melalui dompet digital yang tertentu.


Penerimaan kredit ini dapat dijalankan bermula pada 15 Januari nanti.

SENARAI BANTUAN LAIN KERAJAAN UNTUK TAHUN 2020


Orang ramai boleh lagi mendapatkan bantuan yang lain daripada pihak kerajaan pada tahun ini.


Antara bantuan yang masih dijalankan dan dapat dimohon ialah : 


*Anda boleh klik untuk melakukan permohonan untuk menerima bantuan ini.

Semoga penerangan dan maklumat ini dapat memberi kebaikan kepada orang ramai, semoga hidup kita menjadi lebih selesa dengan perlaksanaan bantuan-bantuan daripada pihak kerajaan. Jangan lepaskan peluang sebagai rakyat.

Post a Comment

0 Comments