BSH: Tarikh Bayaran Tambahan Dan Bayaran Fasa 3


Khas untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020, anda akan menerima bayaran tambahan berjumlah RM100 dan bayaran fasa pada bulan Julai ini. 



Untuk pengetahuan anda, penerima BSH 2020 akan mendapat bayaran tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang anda daftarkan. Namun, pembayaran ini akan dijalankan sekali dengan bayaran fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020.

Kategori dan Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020 :


  • Jumlah BSH RM1000 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
  • Jumlah BSH RM750 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.
  • Jumlah BSH RM500 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.
  • Jumlah BSH RM200 diberikan kepada kategori Bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
  • Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020

Penerima BSH 2020 akan mendapat bayaran tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan.


Cara Membuat Semakan Status Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020

  • Layari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) secara online di sini: https://bsh.hasil.gov.my/.
  • Pilih pautan "SEMAKAN STATUS BAYARAN".
  • Masukkan "NO. MYKAD yang disahkan dan klik pada "Butang Carian".
  • Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik butang 'SEMAK'.

Untuk maklumat lanjut atau membuat pertanyaan berkaitan BSH, sila hubungi :

  • Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia: 03 - 8882 4565/03 - 8882 4566
  • Nombor Bebas Tol LHDN: 1-800-88-2716
  • Laman Web BSH: https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga panduan dan informasi ini dapat membantu anda semua dalam urusan BSH ini.


Post a Comment

0 Comments