Perkeso: Senarai Majikan Yang Layak Menerima Program Subsidi Upah


Adakah anda sudah maklum tentang adanya bantuan kewangan sehingga RM1,200 sebulan dalam Program Subsidi Upah PERKESO?

Kini, para pekerja dan majikan dapat membuat semakan senarai majikan yang layak untuk mendapat bayaran program tersebut dalam portal rasmi prihatin.perkeso.gov.my.


PROGRAM SUBSIDI UPAH

Dalam Program Subsidi Upah ini, para majikan akan menerima bantuan kewangan bermula dengan jumlah RM600 hingga RM1,200 bergantung kepada saiz perusahaan iaitu bilangan pekerja.

Sebagai contoh, majikan yang mempunyai saiz perusahaan 75 orang ke bawah, bantuan akan diberikan sebanyak RM1,200 untuk setiap pekerja.

Untuk majikan yang mempunyai saiz perusahaan 76 – 200 orang pekerja, bantuan RM800 untuk setiap pekerja akan diberikan.

Manakala untuk majikan yang mempunyai saiz perusahaan besar 201 ke atas, kerajaan memberikan bantuan RM600 setiap pekerja tapi terhad untuk 200 pekerja sahaja.

Tempoh bantuan selama 3 bulan bermula 1 April sehingga 31 Disember tertakluk kepada baki dana yang disediakan.



SENARAI MAJIKAN YANG LAYAK

Untuk membuat semakan senarai majikan yang layak, anda boleh rujuk di sini: ://prihatin.perkeso.gov.my/psu/


Sila masukkan nama syarikat tempat anda bekerja dalam ruangan carian untuk menyingkatkan proses semakan anda.

Jika ada pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada aduansip@perkeso.gov.my

Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda semua terutamanya kepada pihak majikan atau pekerja.

Sumber: semakanonline.com

Post a Comment

0 Comments