BSH: Tarikh Bayaran Fasa 3 (Julai) & Bayaran Tambahan


Ini adalah perkongsian tentang tarikh bayaran BSH untuk fasa 3 yang akan dijalankan pada bulan Julai ini.

Untuk pengetahuan anda, pembayaran BSH untuk fasa 2 telah dijalankan pada 16 Mac lepas.

BPN juga telah dikreditkan ke dalam akaun pemohon sepanjang bulan Mei lepas.

Untuk penerima GKP pula, pembayaran diagihkan bermula pada 15 Jun ini dengan jumlah RM3,000.

Berita baik untuk penerima BSH, setiap penerima menerima bayaran tambahan berjumlah RM100 secara tunai dan RM50 dalam bentuk e-tunai.


BAYARAN BSH UNTUK FASA 3 (JULAI)

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun pembayaran BSH diagihkan pada bulan Januari, Mei dan Ogos.

Tarikh pembayaran BSH fasa 3 belum lagi diumumkan secara rasmi tetapi ianya akan dibayar pada bulan Ogos mengikut jangkaan kerana kerajaan telah menyediakan bayaran tambahan RM150 untuk setiap penerima BSH yang telah dikreditkan pada bulan Mei lepas.

SKIM MYSALAM & PEKA B40

Khas untuk penerima BSH, anda juga berpeluang untuk menerima skim perlindungan MySalam dan skim peduli kesihatan Peka B40.

Bantuan ini tidak terpakai untuk semua penerima BPN atau Geran Khas Prihatin.

Peka B40 telah ditingkatkan kepada penerima berumur 40 tahun ke atas.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk di portal rasmi ini: https://www.pekab40.com.my/bm

Semoga perkongsian dan informasi dapat membantu anda semua dan memberi info penting kepada anda.

Sumber: semakanonline.com

Post a Comment

0 Comments