Data Internet (1GB) Ditawarkan Secara Percuma - Mulai 10 Jun Hingga 31 Disember


Syarikat telekomunikasi telah menyatakan makluman  dimana mereka akan menyediakan data percuma sebanyak 1GB yang bertujuan untuk anda meningkatkan produktiviti dan pembelajaran yang lancar bermula pada 10 Jun hingga 31 Disember 2020 ini.

Penawaran ini akan menggantikan penawaran internet percuma 1GB yang ditawarkan sebelum ini.

PENGENALAN

Ianya diberi nama '1GB Internet Produktiviti', ia dapat digunakan untuk mengakses perkhidmatan dalam pendidikan dan aplikasi persidangan video untuk kelas online dan perjumpaan. Internet ini daapt digunakan dari 8 pagi hingga 6 petang. Semua pelanggan prabayar dan pascabayar yang menggunakan Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM Unifi akan menerima tawaran ini.

Ada beberapa sumber pendidikan yang ditawarkan kepada pengguna iaitu Classruum, Udemy dan SunagoLearn. Semua pegguna juga akan dapat untuk mengakses tanpa had ke dalam Microsoft Office 365 serta perkhidmatan Zoom.

Selain itu, pihak kerajaan juga memaklumkan akses percuma ke dalam aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan juga MyTrace.

Syarikat telekomunikasi yang berkenaan dijangka akan memberitahu pelanggan mereka bermula hari ini tentang penawaran internet percuma yang baru ini.


Semoga perkongsian dan info ini dapat memberi manfaat kepada semua pengguna internet. Nikmatilah tawaran dari pihak kerajaan dan syarikat telekomunikasi ini.

Sumber: amanz.my

Post a Comment

0 Comments