Geran Khas Prihatin: Rayuan Dibuka Bermula Pada 3 Jun



Berikut ialah panduan untuk membuat rayuan dan permohonan untuk Geran Khas Prihatin (GKP). Anda boleh membuat semakan status Geran Khas Prihatin secara online pada 3 Jun dalam portal portal GKP Hasil. Untuk anda yang berstatus lulus, anda akan diberikan bayaran sebanyak RM3000. Untuk anda yang gagal pula, anda masih boleh membuat rayuan GKP mulai 3 Jun hingga 15 Jun ini.

NILAI BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

Jumlah bayaran untuk bantuan Geran Khas Prihatin adalah sebanyak RM3,000 yang dibayar secara one-off.

KAEDAH MEMBUAT SEMAKAN STATUS GERAN KHAS PRIHATIN

  1. Semakan boleh dibuat secara online dalam laman web GKP https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, tekan 'Log Masuk' dan masukkan ID Pengguna anda yang disahkan.
  3. Klik butang ‘Semak’.
  4. Kemudian, maklumat seperti Nama, No. MyKad dan Status Permohonan akan dipaparkan di skrin anda.
  5. Klik pada ‘Status Permohonan’ untuk semak status permohonan sama ada Lulus atau Gagal.

KAEDAH MEMBUAT RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN

Untuk anda yang berstatus gagal, anda berpeluang untuk membuat rayuan GKP secara online bermula pada 3 Jun sehingga 15 Jun ini dalam portal rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my/

Semua permohonan rayuan akan disemak dengan teliti dan keputusan rayuan akan diumumkan pada 22 Jun ini dan pembayaran pula akan diagihkan pada 29 Jun ini.

Untuk maklumat dan ingin membuat pertanyaan lanjut tentang GKP, anda boleh hubungi talian ini 03-89111000 (HASIL Care Line) dan layari laman web LHDN: http://www.hasil.gov.my/

Semoga panduan dan perkongsian dapat membantu anda semua dalam membuat rayuan bantuan GKP ini. Semoga berjaya.

Sumber: myinformasi.net

Post a Comment

0 Comments