Geran Khas Prihatin: Semakan Status Bantuan (RM3,000)


Kini, anda boleh membuat semakan status bantuan GKP.

Sebanyak 642,976 permohonan Geran Khas Prihatin telah diterima sejak dibuka pada awal Mei lalu.

SEMAK STATUS GKP

Semakan status GKP dapat dibuat dalam portal rasmi ini: https://gkp.hasil.gov.my

Untuk permohonan yang lulus, pembayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun masing-masing bermula pada 15 Jun ini.

Untuk permohonan yang masih dalam proses semakan, keputusan permohonan akan diumumkan pada 8 Jun ini dan pembayaran akan diagihkan secara berperingkat bermula 15 Jun.

Untuk permohonan yang gagal pula, anda masih boleh membuat rayuan pada 3 Jun sehingga 15 Jun ini menerusi portal rasmi GKP.

INFO TENTANG GKP

Khas kepada yang memiliki SSM dan gagal dalam permohonan BPN, anda dapat memohon bantuan RM3,000 Geran Khas Prihatin atau GKP ini.

Bantuan ini akan diagihkan secara one-off kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membantu dari segi kewangan kerana sumber pendapatan terjejas disebabkan oleh wabak COVID-19.

Permohonan GKP ini telah dibuka pada 1 Mei lepas dan akan ditutup pada 15 Mei.

Keputusan permohonan anda boleh disemak bermula pada Jun.

SOALAN LAZIM

Berapakah kadar bantuan Geran Khas PRIHATIN?- Jumlah bantuan Geran Khas PRIHATIN ialah RM3,000 dan akan dibayar secara one-off.

Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN dijalankan?
- Pembayaran dijangka akan bermula pada pada bulan Jun ini.
Bagaimanakah bayaran Geran Khas PRIHATIN akan dilaksanakan?
- Pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank wajib aktif.

Untuk membuat pertanyaan dan maklumat lanjut:
Anda boleh hubungi talian ini: 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), 
Atau di HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.

Semoga panduan dan perkongsian dapat membantu anda semua dalam membuat permohonan dan semakan GKP ini. Semoga berjaya.

Sumber: semakanonline.com

Post a Comment

0 Comments