Kaedah Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal RM300 (Di JKM, JPW dan iWanita)


Khas untuk ibu tunggal yang menerima Bantuan PENJANA Ibu Tunggal, ini adalah kaedah buat pendaftaran bantuan Ibu Tunggal RM300 Di JKM, JPW Dan iWanita untuk rujukan.

Kaedah Buat Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal (RM300)

Berikut adalah Kaedah Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal RM300 melalui tiga platform:

A. Daftar Bantuan di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

1. Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kementerian telah membuka e-Perkhidmatan untuk pendaftaran ibu tunggal.

2. Untuk pendaftaran di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), rujuk pautan ini:
https://www.jpw.gov.my/pendaftaran-ibu-tunggal/

B. Daftar Bantuan di iWANITA

1. Permohonan ibu tunggal secara online dalam pautan ini iwanita.jpw.gov.my.

2. Dalam laman web itu, terdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran ibu tunggal iaitu secara online dan manual.

3. Untuk mendaftar secara online, setiap individu boleh mendaftar dengan mengakses sistem iWanita di http://iwanita.jpw.gov.my

4. Untuk permohonan secara manual, pendaftaran boleh dibuat di lokasi ini:

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat
Biro Wanita Sarawak (BWS)
Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.


C. Daftar Bantuan di JKM

1. Untuk mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), rujuk pautan ini:
 https://www.jkm.gov.my

2. Anda diminta untuk datang ke mana-mana Pejabat JKM Negeri untuk info lebih lanjut.

Bantuan JKM RM300 Untuk Ibu Tunggal Dan OKU (PENJANA)

Pihak kerajaan Malaysia telah memaklumkan seramai 300,000 OKU termasuk ibu tunggal termasuk dalam Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang layak menerima bayaran RM300  sebelum Aidiladha tahun 2020.

Semoga panduan untuk membuat  pendaftaran bantuan ini dijadikan sebagai rujukan buat anda semua.

Sumber: semakanupu.com

Post a Comment

0 Comments