Kaedah Untuk Menebus Internet Percuma (1GB Sehari) Hingga 31 Disember 2020


Dalam PENJANA, kerajaan menyediakan servis Internet secara percuma dengan kapasiti 1GB setiap hari hingga 31 Disember 2020.

Ini  adalah perkongsian kaedah untuk menebus internet percuma kepada pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, dan TM Unifi.

Sebagai info, internet percuma ini telah dijalankan sejak PKP mula dan ia dilanjutkan sehingga penghujung tahun ini untuk memudahkan urusan pembelajaran dan kerja secara online.

Internet percuma ini boleh digunakan dari jam 8 pagi hingga 6 petang pada setiap hari.

PANDUAN UNTUK TEBUS INTERNET PERCUMA

Mengikut dengan kaedah tebus internet percuma sebelum ini, ini adalah kaedah untuk menebus internet percuma tersebut.

1. CELCOM



Khas kepada pengguna Celcom, Xpax, dan Yoodo, anda dapat 1GB percuma setiap hari secara automatik tanpa perlu SMS atau muat turun aplikasi pelan anda.

2. MAXIS


Untuk pengguna Maxis dan Hotlink, anda boleh tebus data percuma menerusi aplikasi pelan tersebut.

Anda juga dapat tebus 1GB percuma dengan buat panggilan *100# (Maxis) dan *868# (Hotlink).

Cara tebus internet percuma melalui aplikasi:

Maxis Postpaid:
  • Aplikasi MyMaxis > Klik "Get More Data" > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah "Time Based Pass"

Maxis Biz Postpaid:
  • Aplikasi MyMaxis Biz > Klik "Get More Data" > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah "Time Based Pass"
Hotlink Flex Postpaid:

  • Aplikasi Hotlink Flex > Klik "Get More Data" > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah "Time Based Pass"

Hotlink Prepaid:
  • Aplikasi Hotlink RED > klik banner di page utama dan klik “Free 1GB Pass” atau aktifkan pass di bawah tab ‘Shop’

3. DIGI


Pelanggan Digi tebus data 1GB percuma menerusi aplikasi MyDigi sekali sahaja untuk mendapatkan data percuma ini.

Untuk pelanggan pascabayar, anda boleh tebus melalui apps MyDigi > klik "Rewards".

Pelanggan prabayar pula perlu buat panggilan *128# untuk tebus internet percuma.

4. TUNETALK

Pengguna TuneTalk perlu hantar SMS seperti ini: “STAYHOME” ke 2222 untuk mendapatkan data percuma ini.

5. U MOBILE


Untuk pelanggan U Mobile, anda dapat data percuma ini secara automatik.

Tapi ianya untuk pengguna plan pascabayar, prabayar dan broadband sahaja.

Pelanggan WeChat Go tidak layak untuk menerima data percuma ini.

6. YOODO

Selain pelanggan data percuma secara automatik, Yoodo juga menyediakan lebih data kepada para pelanggan pada 20 & 27 April lalu.

Data yang diberikan tiada had masa dan boleh dibawa ke depan sehingga kitaran pelan seterusnya.

7. UNIFI MOBILE

Para pelanggan Unifi akan menerima pemberian data ini secara automatik.

Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda semua untuk menebus internet percuma ini.

Sumber: semakanonline.com

Post a Comment

0 Comments