Kerajaan Menawarkan Diskaun & Kod Promosi Untuk Menggalakkan Perbelanjan Atas Talian


Untuk mengalakkan ramai rakyat mengamalkan gaya hidup secara digital dan banyak menggunakan teknologi, pihak kerajaan telah merasmikan dalam menjalankan sebuah kempen baru yang dinamakan “Shop Malaysia Online”.


Melalui kempen yang melibatkan kerjasama kerajaan dan syarikat swasta ini, ia akan memberi tumpuan dalam mengalakkan rakyat tempatan berbelanja secara atas talian secara kerap.

Dalam mencapai tujuan tersebut, terdapat baucar diskaun dan kod promosi akan disediakan dalam semua platform e-dagang. Ianya dijangka akan diberikan dalam masa terdekat termasuk pengumuman berkenaan dengan platform e-dagang yang terlibat.


Pihak kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM70 juta dalam kempen ini dan ianya diselarikan dengan jumlah sama dari platform edagang sekaligus menawarkan baucar dan kod promosi yang berjumlah mencecah RM140 juta untuk rakyat Malaysia.

Semoga perkongsian dan maklumat ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber: amanz.my

Post a Comment

0 Comments