Bantuan Sara Hidup: Pembayaran Fasa 3 Untuk Bujang & Isi Rumah (Sebelum Akhir Julai)

Berita baik kepada semua golongan isi rumah dan bujang yang akan menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk fasa 3. Sebagai info, tarikh pembayaran BSH fasa 3 serta dengan bayaran tambahan untuk bujang dan isi rumah ialah sebelum akhir bulan Julai 2020.

Seperti yang dimaklumkan, kategori isi rumah akan mendapat bayaran tambahan RM120 bagi untuk anak yang berumur di bawah 18 tahun maksima 4 orang anak. 

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 Untuk Bujang & Isi Rumah Sebelum Akhir Julai 

Ini adalah perkongsian tentang Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 & Bayaran Tambahan RM100 untuk Bujang & Isi Rumah dan jumlah pembayaran mengikut kategori.

Jumlah Bayaran BSH (Fasa 3) Mengikut Kategori

1. Jumlah BSH RM600 & tambahan RM120/ Anak Isi Rumah berpendapatan RM2000 dan ke bawah setiap bulan.
2. Jumlah BSH RM350 & tambahan RM120/ Anak Isi Rumah berpendapatan RM2001 hingga RM3000 setiap bulan.
3. Jumlah BSH RM250 & tambahan RM120/ Anak Isi Rumah berpendapatan
RM3001 hingga RM4000 setiap bulan.
4. Jumlah BSH RM400 dibayar kepada kategori bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah sebulan.
5. Kategori isi rumah yang mendapat bayaran BSH Fasa 3 bulan Julai akan diberi tambahan RM120 setiap anak (umur bawah 18 tahun) dengan maksimum 4 orang anak sahaja.

Contoh: Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1080 (RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120).

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020

Penerima BSH 2020 akan mendapat bayaran tambahan sebanyak RM100 dan e-Dompet RM50 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Pembayaran ini akan dijalankan beserta dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 sebelum akhir bulan Julai 2020. Penerima kategori isi rumah akan menerima bantuan tambahan RM120 untuk setiap anak berumur bawah 18 tahun (maksimum 4 orang anak).



Kaedah Membuat Semakan Bayaran BSH 

1. Layari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) secara online dalam pautan ini: https://bsh.hasil.gov.my/.

2. Klik "SEMAKAN STATUS BAYARAN".

3. Masukkan No. MYKAD yang disahkan dan klik "Butang Carian".

4. Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik butang SEMAK.

Untuk membuat sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi:

  • Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03 - 8882 4565/03 - 8882 4566
  • Nombor Bebas Tol LHDN 1-800-88-2716
  • Laman Web BSH: https://bsh.hasil.gov.my/
Semoga panduan dan informasi tentang pembayaran BSH Fasa 3 untuk bujang & isi rumah ini boleh dirujuk oleh penerima BSH.

Post a Comment

0 Comments