BSH: Syarat Kelayakan dan Borang Kemaskini Permohonan Baru Fasa 3


Seperti yang dimaklumkan, kategori tambahan telah dimasukkan dalam senarai BSH 2020 iaitu kategori bujang berumur 40 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Penerima kategori isi rumah juga akan mendapat bayaran tambahan RM120 untuk setiap anak bawah 18 tahun dengan maksima 4 orang anak.

Syarat Kelayakan dan Borang Kemaskini Permohonan Baru Fasa 3

Ini adalah perkongsian tentang maklumat syarat dan borang kemaskini permohonan baru BSH fasa 3 termasuk dengan jumlah pembayaran.

Kaedah Membuat Kemaskini Maklumat BSH Fasa 3

1. Layari laman web BSH Hasil untuk memuat turun borang kemaskini maklumat BSH dalam pautan berikut:


2. Isi maklumat dalam borang BSH dengan lengkap dan benar.





Syarat Untuk Kemaskini Bantuan Sara Hidup BSH Fasa 3 

Antara maklumat BSH yang layak untuk buat kemaskini:

- Status perkahwinan termasuk kahwin/ cerai/ kematian pasangan
- Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris

Kategori dan Jumlah Bayaran BSH Fasa 3 2020

1. Jumlah BSH RM600 tambahan RM120 untuk Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.

2. Jumlah BSH RM350 tambahan RM120 untuk Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.

3. Jumlah BSH RM250 tambahan RM120 untuk Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.

4. Jumlah BSH RM400 diberikan kepada kategori bujang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.

5. Kategori isi rumah yang akan menerima BSH Fasa 3 bulan Julai akan dapat tambahan RM120 setiap anak (bawah 18 tahun) dengan maksimum hanya kepada 4 orang anak.

CONTOH: Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1080 (RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120).

Jika ingin membuat sebarang pertanyaan atau dapatkan maklumat lanjut berkaitan BSH 2020, anda boleh hubungi talian ini:
  • Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia: 03 - 8882 4565/03 - 8882 4566 
  • Nombor Bebas Tol LHDN: 1-800-88-2716
Atau rujuk di laman web BSH: https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga maklumat tentang syarat dan borang kemaskini permohonan baru BSH fasa 3 ini dapat membantu semua penerima BSH.

Post a Comment

0 Comments