Diskaun Saman JPJ/ AES/ SPAD Sebanyak 70% - Sepanjang Bulan Ogos Ini



Khas untuk anda yang masih ada saman tertunggak, anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak 70% untuk saman JPJ / AES / SPAD bermula pada 1 Ogos ini.

Diskaun saman ini dijalankan sempena dengan bulan Kemerdekaan Negara untuk semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh pihak JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tawaran ini bermula pada 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 dan akan diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan dalam kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes dalam status tindakan senarai hitam.

Diskaun Saman JPJ / AES / SPAD


Diskaun saman berjumlah 70% akan ditawarkan bersadarkan kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan untuk kes-kes di bawah Akta yang tersebut.

Pengurangan saman ini akan dijalankan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) termasuk dengan saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Untuk kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai diminta untuk datang ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri untuk proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dijalankan.

Diskaun saman ini telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan dalam media sosial Facebook rasmi pihak JPJ baru-baru ini.

Semak Saman JPJ / AES

Untuk anda yang ingin membuat semakan saman JPJ / AES, anda boleh layari portal rasmi JPJ ini: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Semakan saman dapat dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan.

Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda dan memberi informasi penting kepada anda semua.

Sumber: semakanonline.com

Post a Comment

0 Comments