PISMP: Permohonan IPG Fasa 2 (Program Guru Lepasan SPM 2020)


Untuk makluman anda, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 khas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program ini dijalankan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditetapkan oleh pihak KPM dengan pelbagai bidang pengkhususan untuk keperluan sekolah rendah.

Pengambilan ini untuk memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Pemohon yang terpilih akan menjalani Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan akan ditawarkan dalam pengajian PISMP selama empat 4 tahun di IPG yang ditetapkan oleh pihak KPM.

Syarat & Kelayakan Untuk Memohon

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat ini sebelum buat permohonan.

1. Pemohon adalah mwarganegara Malaysia.
2. Umur pemohon tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000.
3. Pemohon sihat tubuh badan.
4. Pemohon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5. Pemohon mencapai gred cemerlang sekurang-kurangnya dalam 5 mata pelajaran di peringkat SPM.
6. Pemohon mencapai gred kepujian untuk 3 mata pelajaran berikut:
i) Bahasa Melayu
ii) Sejarah
iii) Bahasa Inggeris
7. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan yang boleh dirujuk di dalam laman web https://pismp.moe.gov.my.

Bidang Pengkhususan Dalam Program

Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Sekolah Kebangsaan (SK)
i) Bahasa Kadazandusun
ii) Reka Bentuk dan Teknologi

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
i) Pendidikan Seni Visual
ii) Pendidikan Jasmani
iii) Pendidikan Muzik
iv) Bimbingan dan Kaunseling
v) Reka Bentuk Teknologi
vi) Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
vii) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
viii) Sains

3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
i) Pendidikan Seni Visual
ii) Pendidikan Jasmani
iii) Pendidikan Muzik
iv) Reka Bentuk dan Teknologi
v) Matematik
vi) Sains

4. Sekolah Kebangsaan (SK) / Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) / Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
i) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

Kaedah Untuk Memohon PISMP

Pemohon boleh membuat permohonan melalui kaedah ini:
  1. Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web ini https://pismp.moe.gov.my mulai 6 Julai ini.
  2. Setiap permohonan akan dinilai mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KPM.
  3. Pemohon yang terpilih wajib menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran.
  4. Pemohon dinasihatkan untuk melayari laman web ini : https://pismp.moe.gov.my untuk mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  5. Pemohon hanya boleh mengemukakan 1 permohonan sahaja dan pemohon boleh mengemaskini permohonan pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  6. Permohonan perlu disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  7. Permohonan yang berjaya akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  8. Maklumat permohonan yang tidak benar dan tidak lengkap akan ditolak.
  9. Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Julai 2020 jam 11.59 malam.

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan mengenai permohonan. Anda boleh hubungi atau rujuk di sini:

Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor.


U.P: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar
No. Telefon : 03-8312 6768/6693/6731/6769

Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda semua dalam membuat permohonan program ini.

Post a Comment

0 Comments