Bantuan Prihatin Nasional 2.0: Semakan Dan Nilai Bantuan Setiap Kategori




Dalam perutusan "Kita Prihatin" oleh Perdana Menteri semalam, kerajaan telah mengumumkan untuk pelaksanaan insentif Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0.

Semakan BPN 2.0 kini boleh dibuat di laman web rasmi ini: bpn.hasil.gov.my

Oleh itu, bantuan tambahan ini diagihkan secara terus kepada penerima BPN sebelum ini.

Untuk yang tidak layak dan belum memohon, sila buat permohonan baru bermula pada 15 Oktober ini.

Bayaran BPN 2.0 akan diagihkan dalam dua fasa iaitu fasa pertama pada penghujung bulan Oktober nanti manakala baki bayaran akan diberikan pada bulan Januari 2021.

Nilai Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

    Nilai bantuan mengikut kategori adalah seperti berikut:
  • RM1,000 untuk B40
  • RM500 untuk B40 bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 bujang

Jadual dan nilai pembayaran untuk setiap kategori adalah seperti berikut :







Untuk anda yang tiada akaun bank atau status GAGAL KREDIT, sila buat tuntutan tunai di cawangan BSN di kawasan anda,

Untuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021.

Tuntutan tunai ini hanya boleh dibuat setelah nombor siri wujud pada paparan semakan BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/

Semakan BPN 2.0

Semakan status hanya boleh dibuat bermula 15 Oktober nanti.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda diminta untuk untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Melalui BPN 2.0, kerajaan memperuntukkan RM7 bilion dana tambahan kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Namun bagi anda yang cukup syarat kelayakan tetapi masih belum menerima BPN, rayuan dan permohonan baru akan dibuka nanti.

Semoga perkongsian dan informasi ini memberi manfaat kepada anda semua. Ikuti untuk lebih banyak informasi semasa ketika ini.


Sumber: semakanonline.com

Post a Comment

0 Comments