BSH: Rayuan Untuk Fasa 3 Dilanjutkan Hingga 6 September Ini


Rayuan Bantuan Sara Hidup Untuk Fasa 3 BSH 2020 telah dilanjutkan hingga 6 September ini. Untuk makluman anda, khas kepada pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang tidak lulus membuat permohonan, ada peluang lagi untuk anda. Rujuk perkongsian ini.

Berdasarkan kenyataan dari Kementerian Kewangan Malaysia, pemohon BSH yang tidak lulus, anda masih dapat untuk membuat rayuan sehingga 6 September ini. Anda boleh buat semakan permohonan adna secara online atau datang ke cawangan LHDN yang berhampiran dengan anda. 

Ini merupakan perkongsian tentang Bantuan Sara Hidup 2020 fasa ketiga termasuk juga  tarikh tutup rayuan, kaedah membuat rayuan dan semak status permohonan.

TARIKH BUAT RAYUAN BSH UNTUK FASA 3

Untuk permohonan anda yang tidak lulus, anda dapat membuat permohonan rayuan BSH 2020 yang telah dijalankan.

Tarikh untuk membuat rayuan: 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020

KAEDAH MEMBUAT RAYUAN BSH

Buat Rayuan Secara Online

1. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara online di laman web ini: https://bsh.hasil.gov.my.

Permohonan rayuan secara online khas untuk pemohon yang tidak lulus untuk sebab tertentu sahaja.

2. Jika terpapar ‘Rayuan’ di skrin, anda boleh membuat rayuan BSH secara online.
3. Selepas itu, sila lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk buat kemaskini.
4. Setelah selesai buat permohonan rayuan, gambar seperti di bawah akan mucul.





Buat Rayuan Secara Manual

1. Rayuan BSH juga boleh dibuat di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.


2. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan rayuan BSH 2020 dalam pautan ini:  https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-07(BorangPermohonanRayuanBSH2020).pdf


3. Anda perlu membawa beberapa dokumen sokongan yang dikehendaki mengikut kod tidak lulus BSH anda masing-masing. Anda boleh memuat turun Borang Serahan Dokumen BSH 2020 di sini: 
https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-18(BorangSerahanDokumenSokonganBSH2020)2.pdf




SEMAK STATUS PERMOHONAN RAYUAN BSH ANDA

Maklumat keputusan permohonan rayuan BSH 2020 akan dimaklumkan selepas permohonan rayuan ditutup.


Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi talian berikut :
Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BSH MoF : 03-8882-4565

Atau rujuk di laman web ini: https://bsh.hasil.gov.my/



Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat rayuan anda. Semoga berjaya!

Sumber: mingguankerja.my

 

Post a Comment

0 Comments