MRSM: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 Secara Online - Sesi 2021


Khas kepada pelajar Tahun Enam (6) dan Tingkatan Tiga yang berminat dan layak untuk membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 1 & Tingkatan 4 untuk tahun 2021. 

Buat perngetahuan anda, permohonan MRSM 2021 Tingkatan 1 dan 4 boleh dibuat secara online bermula pada 24 Ogos hingga 4 Disember 2020 dalam Portal Rasmi MRSM.

Permohonan Kemasukan MRSM 2021 (Tingkatan 1 & 4)

Ini adalah perkongsian maklumat tentang kaedah membuat permohonan kemasukan MRSM ke Tingkatan 1 dan 4 untuk tahun 2021 serta syarat kelayakan untuk memohon.

Kaedah Membuat Permohonan Kemasukan MRSM 2021 Online

(Tingkatan 1)

1. Kaedah untuk mendapatkan kata laluan

Pemohon perlu mendapatkan 'Kata Laluan' (percuma) permohonan secara online dalam laman web ini:
https://mohon.mrsm.edu.my/form1/validateUser.jsp

2. Kaedah mengisi borang permohonan online

Jika anda telah memperoleh kata laluan, anda boleh log masuk ke dalam sistem borang permohonan online dalam laman web ini:
https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Syarat Kelayakan Kemasukan Tingkatan 1

Syarat kelayakan untuk memohon kemasukan MRSM (Tingkatan 1) :

1. Pemohon berwarganegara Malaysia
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan

Syarat Kelayakan Asas (Minimum)

1. Memiliki sikap diri yang positif
2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu dalam aktiviti kecerdasan fizikal
3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi semua peraturan dengan penuh displin.
4. Memperoleh keputusan 3A 3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah / Sarawak) dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2020
5. Pemohon mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR 2019
6. Aktif dalam kokurikulum dan bersedia untuk mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
7. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA


(Tingkatan 4)


1. Kaedah untuk mendapatkan kata laluan

Pemohon baru perlu mendapatkan 'Kata Laluan' terlebih dahulu untuk log masuk ke sistem permohonan borang online dalam laman web ini:
https://mohon.mrsm.edu.my/form1/validateUser.jsp

2. Kaedah mengisi borang permohonan online

Jika anda telah memperoleh kata laluan, pemohon boleh log masuk ke sistem borang permohonan online dalam laman web ini:
https://mohon.mrsm.edu.my/form1/validateUser.jsp

INFO : Buat tempoh ini, sambungan akses ke halaman sistem aplikasi aplikasi MRSM telah disekat oleh penyemak pelayar Google Chrome berikutan 'Privacy Error'. Pemohon boleh "memintas" dengan mengklik pada "ADVANCED" kemudian klik pada "Proceed To"

Syarat Umum Kemasukan MRSM 2021 Tingkatan 4

1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan

Syarat Kelayakan Asas (Minimum)

1. Memiliki sikap diri yang positif
2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani aktiviti kecerdasan fizikal
3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin
4. Memperoleh keputusan 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A 5B (Sabah / Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Tahun 2020
5. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
6. Aktif dalam kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
7. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

Semoga panduan dan informasi ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan kemasukan MRSM untuk Tahun 2021. Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments