Bantuan Prihatin Nasional 2.0: Kaedah Untuk Buat Permohonan Baharu -Dibuka Hingga 15 November


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan pelaksanaan bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan memanfaatkan kepada isi rumah kategori B40 & M40 dan golongan bujang.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan diagihkan kepada setiap penerima mengikut kategori iaitu bantuan RM1,000 untuk B40 isi rumah, RM500 untuk B40 bujang, RM600 untuk M40 isi rumah dan RM300 untuk M40 bujang.

Ini adalah perkongsian tentang kaedah untuk membuat permohonan  baharu untuk BPN 2.0 dan semak status permohonan anda.

Anda juga boleh memohon secara manual dengan menghantar borang permohonan ke cawangan LHDNM yang berdekatan. Anda boleh dapatkan borang permohonan dalam pautan di bawah.

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Ini adalah syarat-syarat untuk memohon mengikut kategori:

Kategori B40

Isi Rumah:
  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
Bujang:
  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Kategori M40

Isi Rumah:
  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Bujang:
  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000
*Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan.

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Pembayaran Untuk Permohonan Baharu BPN 2.0

Untuk anda yang layak menerima BPN 2.0 melalui permohonan baharu yang dibuat ini, pembayaran akan diberikan sekali gus pada bulan Januari 2021.

Ia berbeza dengan penerima BPN yang sedia ada, pembayaran bantuan untuk mereka bermula pada penghujung bulan Oktober dan pembayaran fasa kedua pada bulan Januari 2021.

Jumlah bantuan mengikut kategori adalah seperti berikut:




Semak Status Permohonan

Anda boleh membuat semakan status permohonan di portal rasmi ini: bpn.hasil.gov.my

Anda perlu log masuk ke dalam sistem tersebut untuk membuat semakan.

Kemaskini Permohonan

Untuk makluman anda, tiada sebarang kemaskini yang perlu dibuat termasuklah akaun bank.

Jika akaun anda sudah "tidak aktif", anda boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan BSN berdekatan dengan anda.

Untuk membuat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang BPN 2.0, 
sila hubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL): 03- 89111000

Atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

*Anda juga boleh hubungi talian tersebut jika anda terlupa kata laluan dan ikuti arahan yang diberi.

Muat Turun Borang Permohonan

Untuk anda yang ingin memohon secara manual, anda boleh muat turun dan isi borang permohonan BPN 2.0 di pautan ini:

KLIK UNTUK BORANG PERMOHONAN


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda semua dalam membuat permohonan baharu untuk BPN 2.0 ini. Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments