Geran Khas Prihatin 2.0: Buat Semakan Pada 27 November & Pembayaran Pada 30 November 2020



Untuk makluman anda,kerajaan telah membuka semula permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000.

GKP atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19.Kali ini kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 PKS Mikro.

Menurut kenyataan media, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin GKP 2.0.

Semakan GKP boleh dibuat bermula 27 November ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my

Pembayaran pula akan bermula 30 November nanti.


Siapa Yang Layak Untuk Memohon?

Seperti yang anda tahu, bantuan ini dijalankan untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.

Syarat kelayakan yang lain adalah seperti berikut :
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik

Selain itu, pemohon mestilah berdaftar dengan agensi berikut :
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Semak Status Permohonan GKP 2.0

Anda boleh semak status permohonan anda mulai 15 November ini di portal rasmi ini: https://gkp.hasil.gov.my

Pembayaran Bantuan GKP 2.0

Berdasarkan maklumat yang diterima dari pihak yang berkuasa, pembayaran bantuan ini akan diagihkan bermula pada 25 November ini secara one-off sebanyak RM3,000.

Pembayaran akan diberi terus ke dalam akaun yang telah didaftarkan semasa proses permohonan dibuat.

Akaun bank yang didaftarkan perlulah aktif dan digunakan sekarang.

Dokumen Sokongan GKP 2.0 (JIKA TIDAK LULUS)

Jika permohonan anda tidak lulus, anda boleh mengemukakan dan sediakan beberapa dokumen sokongan mengikut kod alasan yang diberikan.

Rujuk gambar di bawah ini :


KOD ALASANALASAN TIDAK LULUSDOKUMEN
01Pekerja melebihi 4 orangBorang Pendaftaran Majikan PERKESO / Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO / Borang 8A PERKESO / Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP / Borang A KWSP / dokumen sokongan yang berkaitan
03Tiada pendapatan / perniagaan tidak aktifPenyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
05Jualan melebihi RM300,000Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
04VIP / Individu Berprofil Tinggi– Pengakuan pemohon
– Dokumen sokongan berkaitan
07Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBTSijil pendaftaran perniagaan

Soalan Lazim

Saya berdaftar dengan SMM tetapi tidak dengan LHDNM, bolehkah saya memohon?
- Ya, anda boleh memohon GKP 2.0.

Berapakah jumlah bantuan GKP 2.0?
- Berjumlah RM3,000 & dibayar secara one-off.

Bila saya boleh membuat semakan status permohonan Geran Khas Prihatin 2.0?
- Boleh semak mulai 15 November 2020.

Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0?
- Pembayaran GKP 2.0 akan diagihkan mulai 25 November 2020.


Untuk maklumat lebih lanjut atau ingin membuat sebarang pertanyaan berkenaan Geran Khas Prihatin ini, anda boleh hubungi talian ini :

Hasil Care Line: 03 – 89111000 atau 03 – 89111100 (luar negara)

Atau rujuk di laman web LHDNM di: http://www.hasil.gov.my

Media Sosial
Facebook: LHDNM
Twitter: LHDNM


Semoga panduan dan informasi ini dapat memberi maklumat yang berguna dan dapat memberi manfaat kepada anda semua.


Sumber: semakanonline.com


Post a Comment

0 Comments