i-Lestari: Tarikh Pembayaran Wang KWSP Ke Dalam Akaun Untuk Bulan Disember




i-Lestari KWSP ialah program daripada pihak kerajaan khas untuk pencarum KWSP untuk mengurangkan beban dari segi kewangan yang terkesan yang disebabkan oleh Covid-19. 

Dalam i-Lestari, anda dapat membuat pengeluaran wang KWSP dalam akaun kedua dengan minimum RM50 hingga RM500 selama 12 bulan.

Khas kepada pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rujuk kaedah untuk kemaskini dan buat pembatalan i-Lestari KWSP ini. Sebagai info, ahli KWSP boleh buat semakan baki akaun kedua dan kemaskini i-Lestari KWSP secara online dalam portal ilestari.kwsp.gov.my.

TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP UNTUK BULAN DISEMBER 

Ini adalah perkongsian tentang maklumat Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk penerangan konsep am, tarikh dan semakan status.


JADUAL BAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Berdasarkan respon pihak KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran sekali sahaja. Ahli akan mendapat bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Namun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja jika tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jika pada 1 November 2020, anda masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat. Rujuk jadual di bawah ini :






KAEDAH UNTUK BUAT SEMAKAN BAKI KWSP AKAUN 2

Untuk Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki dan pembayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian. Ikuti kaedah ini :
  1. Login i-Akaun KWSP bagi anda yang ada akaun. Jika tiada, buat pendaftaran di Kiosk KWSP berdekatan.
  2. Pilih Withdrawal/ Pengeluaran
  3. Pilih Withdrawal History

KAEDAH UNTUK BUAT SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

  1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Klik pautan ‘SEMAK STATUS’.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  4. Klik pada kotak ‘saya bukan robot’.
  5. Kemudian, klik pada butang semak.

Untuk info lebih lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP: 03-8922-4848

Atau sila layari laman web ini www.epf.gov.my atau e-mel ke sini: ilestari@epf.gov.my.


Semoga perkongsian dan informasi ini dapat membantu anda semua terutamanya untuk pencarum dalam KWSP. Semoga berjaya!


Post a Comment

0 Comments