Bantuan Prihatin Nasional 2.0: Pembayaran Fasa Kedua Diagihkan Pada Bulan Januari 2021




Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memaklumkan berita gembira untuk semua rakyat Malaysia, iaitu bayaran fasa kedua dan permohonan baharu serta rayuan yang telah diluluskan untuk bantuan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dibuat pada bulan Januari 2021.


Pembayaran BPN 2.0 Fasa Kedua 


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada berkata, pembayaran fasa pertama yang berjumlah RM4.5 bilion telah berjaya diagihkan kepada lebih 9.86 juta penerima, yang meliputi 7 juta penerima dalam kategori B40 dan seramai 2.86 juta penerima dalam kategori M40.

Beliau ada memaklumkan mengenai Laporan LAKSANA Ke-31 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), pada hari ini, iaitu penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran tunai akan dijalankan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.

Beliau juga berkata, tempoh untuk membuat permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah ditutup permohonan pada 15 November lalu.

Untuk tempoh permohonan baharu dan permohonan rayuan telah tamat 15 November lalu. Kepada penerima yang lulus, pembayaran akan dibuat dalam bulan Januari 2021.


Semoga perkongsian dan informasi ini dapat memberi info yang berguna dan dapat membantu semua rakyat Malaysia khususnya penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0.


Sumber : Harian Metro, Berita Harian



Post a Comment

0 Comments