Geran Khas Prihatin 2.0: Rayuan Dibuka Untuk Permohonan Yang Tidak Lulus -Mulai 7 hingga 12 Disember




Permohonan GKP 2.0 anda tidak lulus?

Berita baik untuk anda, di mana rayuan GKP 2.0 akan dibuka kepada umum bermula pada 7 Disember hingga 12 Disember nanti.

Permohonan rayuan ini boleh dibuat melalui portal rasmi ini: gkp.hasil.gov.my

Untuk status terkini, hampir 850,000 PKS mikro telah layak dan menerima bantuan GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan yang berjumlah RM2.55 bilion.

Kod Alasan Permohonan Tidak Lulus 

Ini merupakan penjelasan 7 kod alasan kenapa permohonan GKP 2.0 anda ditolak :


Kod AlasanAlasan Tidak LULUSKeterangan
01TIDAK BEROPERASI 2020Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang
02JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300KJualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
03JUALAN >= 300KJualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
04TIDAK WUJUD DI AGENSIPemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020
05PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
06PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
07ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1Perniagaan melebihi satu permohonan


Rayuan GKP 2.0

Jika permohonan anda tidak lulus atas alasan dalam kod tersebut, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan rayuan GKP 2.0 bermula pada 7 Disember ini.

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi ini: https://gkp.hasil.gov.my

Sebarang permohonan rayuan yang dibuat secara manual tidak akan diproses dan tidak dilayan.


Untuk maklumat lebih lanjut atau ingin membuat sebarang pertanyaan berkenaan Geran Khas Prihatin ini, anda boleh hubungi talian ini :

Hasil Care Line: 03 – 89111000 atau 03 – 89111100 (luar negara)

Atau rujuk di laman web LHDNM di: http://www.hasil.gov.my

Media Sosial

Facebook: LHDNM
Twitter: LHDNM


Semoga panduan dan informasi ini dapat memberi maklumat yang berguna dan dapat memberi manfaat kepada anda semua.


Sumber: semakanonline.com

Post a Comment

0 Comments