Pemberian Bantuan Khas Kepada Penjawat Awam & Pesara Kerajaan - Dibayar Pada 25 Januari 2021



Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lepas, pihak kerajaan telah memaklumkan pelaksanaan pemberian bantuan khas kepada penjawat awam sebanyak RM600 dan pesara kerajaan menerima RM300.

Penjawat awam yang menerima bantuan ini ialah pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah.

Selain itu, bantuan khas ini juga melibatkan pesara Kerajaan yang telah menerima pencen dan vateran yang tidak berpencen. Kategori ini akan menerima bantuan sebanyak RM300.

Walau bagaimanapun, penjawat awam wajib untuk memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman. Bantuan hanya diberikan penjawat awam yang memenuhi kesemua syarat kelayakan yang dijelaskan di bawah.

Pembayaran bantuan khas ini akan dijalankan bermula pada 25 Januari 2021.

Senarai Kategori Yang Layak Menerima Bantuan Khas  

Antara kategori yang layak untuk menerima Bantuan Khas Penjawat Awam sebanyak RM600 iaitu :

   1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan         Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
   2. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan         Pelaksana tersebut merupakan:
       i) Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
       ii) Pegawai yang bercuti gaji penuh.
       iii) Pegawai yang bercuti separuh gaji.
       iv) Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan                            saraannya.
    3. Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan                  tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
    4. Guru Interim
    5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta            Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan                      pemandu oleh jabatannya.
    6. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya                  Kehakiman.
    7. Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25                    Januari 2021.


Senarai Kategori Yang Tidak Layak Menerima Bantuan Khas 

Namun, ada beberapa kategori penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan khas iaitu:

    1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang                memangku, dipinjamkan atau ditukarkan dan penempatan khas ke Gred Jawatan                    Utama atau Khas.
    2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25              Januari 2021.
    3. Pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari                2021.
    4. Pegawai yang berpencen dan melepaskan pencen kerana menyertai Badan Berkanun            Yang Diasingkan Saraan.


Senarai Kategori Yang Ditangguhkan Menerima Bantuan Khas 

Terdapat juga beberapa kategori penjawat awam yang ditangguhkan untuk menerima bantuan khas ini iaitu:
  1. Pegawai yang ditahan kerja.
  2. Digantung kerja.
  3. Surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

Penjawat awam yang terlibat dalam kategori tersebut akan menerima bantuan khas jika Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati mereka tidak bersalah.


Untuk maklumat lebih lanjut atau ingin membuat sebarang pertanyaan tentang bantuan ini, anda boleh rujuk di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu https://www.jpa.gov.my/.


Semoga informasi dan perkongsian ini dapat memberi info penting kepada anda dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments